10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Karya seni memberikan impak dan ekspresi kepada sesiapa yang menghayati. Seni di atas kanvas, kertas dan kain mungkin sudah selalu dilihat. Mari kita saksikan hasil karya daripada para artisan yang menggunakan alat teknologi sebagai bahan seni mereka.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Wayar yang mengghairahkan – diilhamkan oleh Kasey McMahon dengan menggunakan kabel komputer dan barangan elektrik.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Disket masih wujud? – Selalunya kanvas, kayu dan kadbod menjadi pilihan para artisan. Hasil ekspresi wajah yang dilukis pada disket bersaiz 3.5 inci menjadikan sesuatu yang lebih unik. Satu daripada kunci yang menjadikan karya ini hebat ialah susunan disket.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Kasut mekanik – Gabriel Dishaw banyak menggunakan logam dan objek metalik dalam hasil seninya. Dengan menggunakan bahagian komputer, kalkulator dan mesin taip lama, beliau berjaya menukar menjadi sebuah kasut Nike.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)Kerusi binari – Nama Benjamin Rollins Caldwell sinonim di Amerika dengan kepakaran menghasilkan perabot daripada bahan bukan material. Bahan-bahan yang digunakan seperti papan induk, cakera keras dan lain-lain lagi.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Sempena Mobile World Congress 2012 di Barcelona, terdapat sebuah arca Pegasus, yang juga dikenali sebagai mitos kuda terbang yang dihasilkan daripada 3,500 unit telefon pintar. Binaan ini dihasilkan oleh Huawei sebagai sambutan pelancaran produk mereka, iaitu Ascend D Quad.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Predrag Savic banyak menghasilkan produk seni dengan bahan-bahan komputer. Tema pilihannya ialah, kenderaan, kapal terbang hingga haiwan prasejarah.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Manhattan – Franco Recchia selalu menghasilkan tema lanskap urban dalam seninya dengan menggunakan bahan logam.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Katrij dakwat pencetak yang kosong biasanya akan berakhir di tong sampah. Namun tidak bagi pekerja di Lowell & Louise, kotak-kaotak kecil sebegini mampu menghasilkan lampu meja, letak lilin dan sebagainya. Boleh layari laman Etsy.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Leonardo de Vinci menghasilkan Monalisa di atas kanvas, Asus juga menghasilkan Monalisa dengan papan induk. Hasilan seni di atas boleh dilihat di Bilik Menunggu Asus di Taiwan.

10 karya seni berteknologi tinggi (siri 1)

Dinding yang dipenuhi dengan pembesar suara merupakan karya artis Benoit Maubrey Ilham daripada Tembok Berlin dan menggunakan 1,000 unit pembesar suara pelbagai saiz.

 

Bersambung lagi pada masa akan datang dalam siri kedua.

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Gombug
AUTHOR
Selasa, April 24, 2012 3:53:00 PTG delete

Dana Geran Kerajaan/SME Corp RM5juta untuk usahawan teknologi LED. Artikel sepenuhnya dari Gombug.net

Reply
avatar