Metal Gear Solid: Philantropy hasil tangan peminat Hideo Kojima


Metal Gear Solid: Philantropy (MGSP) telah dilancarkan pada 27 September yang lalu. Filem ini merupakan hasil kerja peminat Hideo Kojima yang terkenal dengan siri permainan video Metal Gear Solid sejak tahun 1987. Giacomo Talamini, 27, merupakan seorang daripada peminat seluruh dunia siri permainan video MGS. Pada tahun 2002, beliau bersama-sama rakannya, Gianluca telah bermain Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty. Permainan video itu benar-benar memberikan kesan yang bermakna dan membuatkan mereka bercadang untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan siri permainan video tersebut. Walau bagaimanapun, produksi berhenti setelah 2 tahun. Gazet (trailer) telah ditayangkan tetapi minat terhadap projek tersebut mati.

Kemudian, pada tahun 2005, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Shamrock Creations telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan hala tuju projek berkenaan di Venice. Mereka mensasarkan tujuan mereka dan menamakan kumpulan mereka kepada Hive Division sesudah Gianluca meninggalkan kumpulan tersebut.

Pada tahun 2006, ahli kumpulan ditokok melebihi 40 orang dan mereka memulakan pengambaran di lokasi berbeza sekitar Itali sehingga Mac 2009. Aoife Ferry, penyanyi yang telah menyumbangkan suara untuk MGS yang sebenar, turut menyumbangkan suaranya dalam penutup filem tersebut.

Menariknya, filem tersebut cuma menelan belanja sekitar USD$13,000 (kira-kira RM46,800), yang kebanyakkannya untuk membeli keperluan dan peralatan sepanjang pembikinan filem MGSP. Walaupun kosnya murah namun penerimaan yang diberikan oleh Majalah Rasmi PlayStation UK memuji hasil kerja CGI mereka dan tertarik dengan lokasi pengambaran yang dibuat. Selain itu, Destructoid.com mendakwa bahawa wayang tersebut lebih baik daripada hasil kerja Hollywood.


Difahamkan bahawa MGSP ini merupakan keluaran untuk bahagian pertama. Bahagian kedua dan ketiga akan menyusul pada masa akan datang. Selain itu, khabar angin mengatakan bahawa Hideo Kojima bakal menerbitkan filem MGS ini berdasarkan permainan video Metal Gear Solid (1998) pada tahun 2012.


Filem ini boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang rasmi mereka atau menonton secara dalam talian menerusi laman sesawang perkongsian video Vimeo.

Paparan sepanjang filem MGS: Philantropy

Kualiti RM46,800:

Pemandu pesawat memberikan arahan kepada Solid Snake untuk 'berlepas'

Sesi berhubungi menerusi gajet


Bandar berubah menjadi pusat senjata


Pertarungan antara Solid Snake dengan Metal Gear

Lagu Tema Rasmi MGS: Philantropy

Percuma. Boleh dimuat turun di sini (Megaupload|Mediafire).

Komentar TMK

Keupayaan Hive Division menerbitkan filem ini dengan harga yang rendah dan berkualiti tinggi cukup mengagumkan. Mereka tiada pengalaman langsung dalam menerbitkan filem. Cuma menggunakan lakaran lukisan untuk menentukan lokasi pengambaran, 2 buah kamera Panasonic (DVX100BE dan HVX200E), tripod profesional, mikrofon berarah, doli buatan sendiri, kren dan flycam murah. Namun, hasilnya seolah-olah mereka adalah profesional. Selayaknya TMK memberikan penilaian 4/5 kepada filem ini.

Seringkali penerbit filem di Malaysia berbangga dengan produk mereka yang menelan berjuta-juta tetapi kualiti pengambaran dan jalan cerita cukup menghampakan. Jalan cerita lebih kepada membodohkan penonton sekalipun pengarahnya berstatus profesor. Belajarlah daripada Giacomo Talamini. Cuma filem Geng: Pengembaraan Bermula sahaja yang benar-benar menonjolkan identiti filem Malaysia dengan berkesan.

Nota Tambahan

PERIHAL MGS
MGS bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan peminat permainan video seluruh dunia. Siri permainan video taktikal espionaj (perbuatan mengintip bagi mendapatkan rahsia politik, ketenteraan, perindustrian dan sebagainya dengan menggunakan pengintip) ini merupakan hasilan kerja Hideo Kojima. Permainan ini telah dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami Corporation.

Permainan video ini tidak seperti permainan-permainan video yang lain. Pengalaman ketika bermain membuatkan pemain rasa teruja melainkan saudara bukan peminat permainan video bergenre aksi. Penilaian yang dibuat oleh peminat dan pengkritik permainan video seringkali mendapat markah tinggi dalam setiap siri keluaran. Guinness World Record edisi 2008 telah menganugerahkan Kawalan Permainan Video Paling Inovatif untuk babak Solid Snake menentang Psycho Mantis.

Permainan video MGS memerlukan kepakaran dan kemahiran pemain untuk menyelesaikan sesuatu misi sebagaimana seorang komando menghadapinya dalam situasi yang sebenar. Contohnya, menyembunyikan diri daripada pengawal, merangkak dalam saluran udara, membuat bunyi bising untuk menarik perhatian musuh dan menyorok di dalam kotak. Pemain perlu memastikan bahawa tindakan yang dilakukan tidak disedari oleh musuh sehingga membunyikan penggera kecemasan. Penggunaan senjata seperti SOCOM, FAMAS, PSG-1, Stinger, Nikita, Bom masa, C4, periuk api Claymore dan grenad merancakkan lagi permainan video ini. Lebih hebat lagi jika saudara dapat membunuh pengawal dengan tangan kosong.

SIRI KELUARAN PERMAINAN

Siri Metal Gear pertama telah dihasilkan pada tahun 1987 dengan judul “Metal Gear”. Seterusnya, Snake’s Revenge dan Metal Gear 2: Solid Snake (1990), Metal Gear Solid (1998), Metal Gear Solid: Integral (1999), Metal Gear: Ghost Babel (2000), Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty (2001), Metal Gear Solid 2: Substance (2002), Metal Gear Solid: The Twin Snakes, Metal Gear Acid dan Metal Gear Solid 3: Snake Eater (2004), Metal Gear Solid: Subsistance dan Metal Gear Acid 2 (2005), Metal Gear Solid: Portable Ops (2006), Metal Gear Solid: Mobile, Metal Gear Online dan Metal Gear Solid 4: Guns of The Patriots (2008), Metal Gear Solid: Touch (2009), Metal Gear Solid: Peace Walker (2010) dan Metal Gear Solid: Rising (akan datang).

Menonton dalam talian
Muat turun 

Pautan dari laman rasmi MGS: Philantropy - Megaupload (750MB) - Klik sini
 Pautan dari Mediafire - Klik 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
Pautan dari MegaFTP - Klik 1, 2, 3
Sari kata pelbagai bahasa - Klik sini

* Gunakan WinRAR untuk mengekstrak fail .rar atau HJ-Split untuk menyambung fail.
Previous
Next Post »