15 tema blog baharu di Draft.Blogger

15 tema blog baharu di Draft.Blogger

Khabar gembira buat pengguna Blogger. Pada 11 Mac yang lalu, Blogger telah melancarkan 15 tema blog baharu untuk pengguna Blogger. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati ciri-ciri baharu seperti pengubahsuaian susun atur blog dengan satu, dua atau tiga lajur, imej latar belakang profesional daripada iStockphoto, pengubahsuaian warna, jenis tulisan dan CSS.

Menurut Siobhan Quinn, Pengurus Produk Blogger, tema dan fungsi terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Pemilik blog juga tidak perlu lagi khuatir kehilangan wiget, aplikasi pihak ketiga dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya apabila setiap kali menukar tema yang baharu.

Maklumat tambahan:
  • Tema ini tidak dapat disokong pelayar Internet Explorer 6. Ada lagi ke yang menggunakannya?
  • Pengguna Opera mesti menggunakan pelayar Opera 10.5 dan ke atas.


Cara menggunakannya:

1. Klik pautan ke Blogger In Draft.

2. Klik blog anda > Reka bentuk > Pereka bentuk templat
  15 tema blog baharu di Draft.BloggerFungsi baharu, “Pereka Bentuk Templat”

3. Tetapan:

(a) Templat
15 tema blog baharu di Draft.Blogger 4 Pilihan kategori tema; Simple, Picture Window, Awesome Inc. dan Watermark

(b) Latar belakang
15 tema blog baharu di Draft.BloggerPelbagai pilihan latar belakang

15 tema blog baharu di Draft.BloggerPilihan cadangan warna tema

(c) Reka Letak

15 tema blog baharu di Draft.BloggerReka bentuk susun atur lajur blog

(d) Lanjutan

15 tema blog baharu di Draft.BloggerFungsi Baharu! CSS dibenarkan. Adakah permulaan untuk menyaingi Wordpress?


Saudara juga boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut dengan memainkan video di bawah.

15 tema blog baharu di Draft.Blogger

Sumber: Blogger In Draft | Blogger Buzz
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Mei 11, 2012 4:52:00 PTG delete

nice share, visit me back

Reply
avatar