RIM membawakan berita gembira kepada pengguna BlackBerry. Fungsi panggilan suara secara percuma ditambah dalam aplikasi BlackBerry Messenger.
Fungsi baharu ini memberi peluang kepada pengguna BlackBerry membuat panggilan mereka tanpa sebarang caj, dengan syarat menerusi sambungan Wi-Fi.
Selain itu, pengguna BBM boleh memilih sama ada berhubung menerusi teks atau suara mengikut kesesuaian.
Walau bagaimanapun, aplikasi ini masih lagi di peringkat percubaan atau beta. Hanya gajet BlackBerry6 dan ke atas sahaja boleh menggunakan BBM 7.
Untuk menikmati BlackBerry Messenger 7, saudara boleh mendapatkannya di BlackBerry's Beta Zone.
1 Komentar:
Write Komentarbrapa hrga blackberry6
ReplyEmoticonEmoticon