5 telefon pintar Android terbaik 2013

Bercadang untuk memiliki gajet Android di penghujung tahun 2013? Teknomasi mencadangkan 5 buah telefon pintar Android terbaik untuk dimiliki sepanjang tahun 2013.

1. Google Nexus 5



Dengan spesifikasi pemproses 4 teras 2.3GHz, paparan 1080 piksel dan grafik Adreno 330, Nexus 5 paling sesuai untuk dibeli peminat permainan video. Menurut Basemark X, Nexus 5 berada di tempat ketiga selepas iPhone 5S dan Xperia Z1.

2. Samsung Galaxy Note 3

Maxresdefault

Gajet ini menawarkan kepelbagaian produktiviti untuk golongan workaholic dan peniaga. Galaxy Note 3 merupakan gabungan telefon dan tablet yang juga dikenali sebagai phablet. Skrin yang ditawarkan sebesar 5.7 inci dan ram sebesar 3GB membantu pengguna melakukan pelbagai kerja pada satu-satu masa.

3. HTC One

HTC One design and build

Khusus buat peminat-peminat hiburan, HTC One paling tepat untuk dibeli saudara. Selain skrin sebesar 4.7” dengan paparan 1080 piksel, pembesar suara daripada Beats Audio memberikan suasana bunyi yang jelas tanpa perlu memakai set kepala (headphone).

4. Moto G

Moto G photo4

Telefon pintar kategori low-end untuk golongan pelajar dan kewangan terhad. Walaupun tiada fungsi LTE, paparan skrin bersaiz 4.5” dengan 720 piksel masih berupaya memainkan aplikasi-aplikasi terkini. Cuma kekurangannya ialah ram sebesar 1GB dan kamera 5MP.

5. Sony Xperia Z1

Sony Xperia Z1 lifestyle 004

Selalu berada di luar rumah? Keluaran Sony kali ini menawarkan binaan Ingress Protection 67 untuk kalis air, habuk dan anti gegaran. Bersama sentuhan minimalis pada paparan antara muka, Xperia Z1 berkuasa dengan 2.2 GHz empat teras dan menyediakan bateri tahan lama. Kelebihannya, kamera dengan setajam 20.7MP dan mempunyai slot tambahan mikro SD.

g
Sumber: Android Authority

Latest
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Unknown
AUTHOR
Ahad, Disember 04, 2016 5:03:00 PTG delete

Проститутки. Добавить анкету. Фото индивидуалки sex Для познающего всякое право собственности теряет силу: или же все есть грабеж и воровство. Очаровательная и роскошная девушка всегда знает, как развлечь настоящего джентльмена. Полный спектр изысканных удовольствий: от куртуазной беседы и утонченного флирта, до откровенных игр. Всегда в настроении доставить радость своему гостю: желания кавалера будут реализованы в лучшей форме.

Reply
avatar