Mahkamah arah Limewire tutup operasi

Mahkamah arah Limewire tutup operasi

Pembabitan penulis dalam dunia komputer bermula awal tahun 2000. Ketika itu banyak laman yang telah dicuba untuk melaksanakan operasi muat turun. Maklumlah ketika itu penulis masih di bangku sekolah dan tidak mampu untuk memiliki produk Nintendo. Ketika populariti Pokemon naik mendadak, penulis dan teman-teman yang lain sentiasa mencari rom untuk dimainkan dengan emulator Gamboy Color (GBC) dan Gameboy Advanced (GBA). Laman yang dimaksudkan ialah Limewire.

 

Walau bagaimanapun, laman tersebut telah diarahkan tutup oleh mahkamah baru-baru ini. Khabarnya industri muzik Amerika Syarikat memenangi tuntutan hak cipta selepas 4 tahun dibicarakan.

 

Untuk makluman saudara, Limewire merupakan laman perkongsian P2P (peer-to-peer) yang menyediakan muat turun pelbagai lagu, video, gambar, pornografi dan lain-lain lagi. Masalah menggunakan perkhidmatan P2P kebiasaannya melibatkan isu keselamatan kerana dikhuatiri fail yang dimuat turun adalah virus.

 

Rujukan: Guardian

Previous
Next Post »