Tonton TV, main permainan video lebih 2 jam boleh menyebabkan masalah tumpuan

Edward Swing dan rakan-rakannya dari Universiti Iowa telah melakukan kajian impak daripada menonton televisyen dan bermain permainan video melebihi 2 jam sehari.

Kajian dibahagikan kepada 2 kumpulan peringkat umur, iaitu 1,323 orang murid sekolah menengah dan 210 orang pelajar kolej. Hasil laporan yang diperolehi daripada ibu bapa dan guru mereka ialah murid dan pelajar tersebut mengalami masalah tumpuan.

 

Watching_TV_by_KissTheNoise

 

Rancangan yang dipaparkan pada hari ini kadangkala memaparkan aksi-aksi di luar jangka seperti keganasan, seks, mencarut, memaki hamun ibu bapa dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya yang bertentangan dengan nilai norma masyarakat kita. Hal ini akan ditiru oleh kanak-kanak dan remaja secara tidak langsung kerana beranggapan bahawa aksi-aksi tersebut tidak salah dan pemahaman yang tidak betul tertanam dalam pemikiran mereka.

Sewaktu pelancaran buku “Mama Saya Lapar” dan “Siapa Alien?” tulisan Wardina Safiyyah, hos Malaysia Hari Ini TV3 di MPH Mid Valley, beliau menyatakan bahawa televisyen boleh menyebabkan kanak-kanak sukar membaca dan merencatkan imaginasi mereka. Selain itu, beliau menyarankan kepada ibu bapa supaya ‘mengharamkan’ kanak-kanak berusia di bawah 2 tahun daripada menonton TV kerana mengurangkan daya tumpuan mereka untuk membaca. Hal ini berikutan komunikasi satu hala yang tidak interaktif membunuh perkembangan kanak-kanak.

Alternatif yang lain pula, Akademi Pediatrik Amerika menyarankan supaya ibu bapa membataskan aktiviti menonton televisyen dan bermain permainan video kepada 2 jam sehari sahaja sebagai langkah menangani masalah tumpuan.

Sumber: Examiner

Previous
Next Post »