Memiliki telefon bimbit tidak semestinya perlu bersilih ganti mengikut perkembangan teknologi semasa. Melainkan saudara punya kewangan yang utuh dan berkemampuan, belilah apa-apa sahaja. Menerusi artikel ini, penulis akan memaparkan pilhan telefon bimbit yang paling berbaloi untuk dibeli.
Konteks berbaloi tidak semestinya yang terbaik, yang dimaksudkan penulis merujuk kepada harga jualan dan menjadi pilihan pengguna. Yang pasti, wang yang dilaburkan berbaloi setiap sen dan model-model telefon bimbit ini memiliki komuniti pengguna yang ramai. Selalunya harga model-model telefon bimbit dalam kategori berbaloi payah jatuh dan konsisten dalam tempoh yang agak lama.
Berikut merupakan telefon bimbit paling berbaloi untuk dibeli:
1. Nokia N8
Kelebihan: Kamera 12 megapiksel (autofokus dan flash xenon), GPS, Wi-Fi, radio FM, skrin berkaca Gorilla, kualiti audio yang baik serta port untuk HDMI.
Kekurangan: Sistem operasi Symbian^3 gagal menyaingi Android dan iOS, tiada lampu untuk mod video, pasaran perisian pihak ketiga yang terhad, bateri binaan dalaman serta skrin sesentuh yang kurang mesra
Faktor berbaloi: Pengguna yang gemar berfotografi dan bervideografi dapat menjimatkan wang dengan membeli N8.
2. Nokia 5800 XpressMusic
Kelebihan: GPS, Wi-Fi, radio FM, kualiti bunyi yang baik.
Kekurangan: Kamera 3.2 megapiksel, pasaran perisian pihak ketiga yang terhad, skrin sesentuh yang kurang mesra
Faktor berbaloi: Memiliki fungsi yang hampir sama seperti iPhone 3G dengan harga yang mampu dimiliki. Berbaloi setiap ringgit yang dibayar.
3. Nokia N97
Kelebihan: Wi-Fi dan GPS, Radio FM, reka bentuk gelongsong.
Kekurangan: Ergonomik yang lemah, fungsi kamera 5 megapiksel yang biasa, tiada sokongan video berformat DivX atau XviD serta pasaran perisian pihak ketiga yang terhad.
Faktor berbaloi: Hampir sama seperti Nokia 5800 XpressMusic tetapi mempunyai fizikal papan kekunci.
4. Nokia C3
Kelebihan: Papan kekunci QWERTY, Wi-Fi, radio FM serta menyokong laman sosial
Kekurangan: Kamera 2 megapiksel, tiada 3G, tidak menyokong kepelbagaian tugas (multitasking), rakaman video yang kurang memuaskan
Faktor berbaloi: Murah untuk kepelbagaian fungsi. Berbaloi untuk pelajar.
5. Apple iPhone 4
Kelebihan: Wi-Fi, GPS, 2 pilihan storan sama ada 16BG atau 32 GB, pilihan aplikasi yang melimpah ruah, kamera 5 megapiksel dan skrin sesentuh yang baik.
Kekurangan: Spesifikasi agak ketinggalan berbanding jenama lain, menggunakan kad SIM mikro sahaja, tiada radio FM, tiada slot kad memori mikro SD, fungsi pembesar suara (loudspeaker) yang menyedihkan dan terlalu bergantung kepada iTunes.
Faktor berbaloi: Jailbreak! Aplikasi jadi percuma, tema pelbagai dan fungsi yang terhad dibebaskan.
6. Samsung I9100 Galaxy SII
Kelebihan: RAM 1GB, kamera 8 megapiksel, Wi-Fi, GPS, menerima slot memori tambahan, radio FM, kamera 2 megapiksel untuk panggilan video, menyokong kepelbagaian format video.
Kekurangan: Badan diperbuat daripada plastik, terlalu nipis sehingga sukar untuk mengambil gambar, tiada pertukaran terus kad memori mikro SD (hot swap) dan tiada butang khusus untuk fotografi.
Faktor berbaloi: Semuanya ada dalam satu gajet sahaja. Lengkap. Tak payah susah-susah nak bawa gajet yang pelbagai lagi.
7. Sony Ericsson Xperia X10
Kelebihan: GPS, Wi-Fi, integrasi laman sosial, slot kad memori mikro SD tambahan, bateri Li-Po 1500 mAH (BST-41), kamera 8 megapiksel, kualiti binaan yang baik
Kekurangan: Storan dalaman cuma 125MB, tiada kamera untuk panggilan video, radio FM, navigasi peta untuk GPS berbayar
Faktor berbaloi: Android dan gambar mudah dimuat naik ke internet
8. Nokia E71
Kelebihan: Papan kekunci QWERTY penuh yang selesa, Wi-Fi, GPS, badan tahan karat, jangka hayat bateri untuk kegunaan seharian yang panjang
Kekurangan: Kualiti kamera kurang memuaskan (3.15 megapiksel), tiada butang khusus untuk kamera, tiada RDS untuk radio FM
Faktor berbaloi: Sesuai untuk gaya perniagaan umpama BlackBerry tetapi dengan harga lebih murah
9. Samsung I9000 Galaxy S
Kelebihan: Pilihan storan 8GB atau 16GB, kamera 5 megapiksel, Wi-Fi, GPS, menerima slot memori tambahan, radio FM, bateri Li-Ion 1500 mAh, aplikasi prapemasangan yang baik
Kekurangan: Tiada flash untuk kamera, tiada butang khusus untuk kamera, mudah melekat cap jari, badan plastik
Faktor berbaloi: Sama seperti Galaxy SII dengan spesifikasi lebih rendah. Skrin Super AMOLED.
10. Nokia X6
Kelebihan: Kamera 5 megapiksel, Wi-Fi, GPS, storan dalaman 32GB, radio FM, kamera panggilan video, langganan muzik percuma setahun (tak pasti ada lagi sekarang) dan set kepala (mengikut kawasan).
Kekurangan: Antara muka UI kurang mesra pengguna, skrin tidak reflek cahaya, tiada sokongan kad memori tambahan
Faktor berbaloi: Siri XpressMusic sesuai untuk penggemar muzik!
11. Nokia E72
Kelebihan: Papan kekunci QWERTY penuh, kamera 5 megapiksel, Wi-Fi, GPS, radio FM
Kekurangan: Optical Trackpad bukan sebagaimana yang diharapkan, tiada sokongan video berformat DivX/XviD, tiada butang khusus untuk kamera, prestasi pembesar suara (loudspeaker) yang lemah
Faktor berbaloi: Sama seperti model E71, gaya untuk perniagaan. Beza kualiti kamera.
12. Sony Ericsson Satio (Idou)
Kelebihan: Kamera 12 megapiksel, Wi-Fi, GPS, menyokong kad memori mikro SD sehingga 32GB, radio FM
Kekurangan: Pembesar suara mono, tiada kompas digital, xenon flash untuk kamera kurang berkuasa, tiada audio jack atau port USB.
Faktor berbaloi: Kualiti gambar dan sesuai dijadikan koleksi untuk peminat Sony Ericsson
13. Sony Ericsson Xperia X1
Kelebihan: Kualiti audio terbaik, Opera sebagai pelayar internet, radio FM, MS Office Mobile, Wi-Fi, GPS, kamera 3.15 megapiksel
Kekurangan: Skrin tidak refleks cahaya, prestasi kamera biasa, paparan antara muka untuk disentuh terlalu kecil
Faktor berbaloi: Sistem operasi Windows dan boleh dimodifikasi untuk hasil yang lebih baik. Khusus untuk pengumpul Sony Ericsson.
14. Nokia C6
Kelebihan: Kamera 5 megapiksel, Wi-Fi, GPS, radio FM
Kekurangan: Skrin tidak reflek cahaya, tiada perlindungan lensa kamera, tidak boleh cas menerusi USB
Faktor berbaloi: Antara termurah dan termaju untuk Nokia siri C.
15. Nokia N900
Kelebihan: Sistem operasi Maemo 5, integrasi bersama Skype dan GoogleTalk, pelayar internet Mozilla, Wi-Fi, GPS, storan dalaman 32GB, radio FM, kamera 5MP
Kekurangan: Besar, berat, tiada sokongan MMS, pilihan aplikasi pihak ketiga terhad
Faktor berbaloi: Lain dari yang lain. Khusus pengguna internet tegar!
55 Komentar
Write Komentartenkiu untuk info yang berguna.
Replysamsung galaxy wonder I8150 tak termasuk dlm senarai.jd x berbaloi la sy beli.
ReplyGalaxy note tak de dlm senarai. tak berbaloi kot?
ReplyGalaxy Note tak masuk dalam senarai sebab masih baru lagi. Senarai di atas lebih tertumpu kepada kepercayaan pemilik terhadap telefon bimbit yang dibeli.
ReplyPenulis tak minat sangat dengan Galaxy Note sebab terlalu besar. Kita beli telefon bimbit supaya mudah dibawa ke mana-mana dan dsimpan dalam poket.
bole siarkan info tentang Ubuntu dan Linux..tutorial gak k.
Replyharap maklum. lagi satu. HTC desire. ahha :P
Reply@Muhammad Abu Qatadah: Ubuntu dan Linux bukan minat dan keparan penulis. Jadi, tak ada di sini. Saudara boleh layari blog ini untuk Linux:
Replyhttp://melayubuntu.blogspot.com/
http://fikri.my/blog/
@acapz: Lawan untuk HTC Desire ialah model no. 9
galaxy wonder power jugakkk
Replyyang mana top 3 yg paling murah.. berapa hargenye skrg..
Replytahnx info.. ada cadangan x utk handphone yg murah ada > wifi, gps & 3G video call... just nak wat second or bagi anak...
ReplyIkut nombor, itulah 'top three'.
ReplyModel no. 2.
Replygalaxy wonder?
ReplyGALAXY WONDER POWER SPEC DIA KALAH GALAXY S2 ahahaaha
Replygalaxy wonderpet
Replyklu bli n8 kira berbaloi x?
ReplyDah baca belum?
Replyboleh tak terangkan kelebihan dan kekurangan galaxy wonder.. dari yg saya lihat galaxy w boleh tahan jugak.. jadi saya nak tahu apa kelebihan dn kekurangan nya sahaja
Replygalaxy wonder antara hp 3G video call yg paling murah dari Samsung..maaf kalo silap.
Replygalaxy wonder antara hp 3G video call yg paling murah dari Samsung..maaf kalo silap.
Replyklu bli n8 kira berbaloi x?
Replysesuai unt fotografi & videografi jgn ponografi dah la......
selesa pkai 5800
ReplyPada pendapat aku smartphone yg paling berbaloi beli skrg ni yg pakai Android.Ada beribu2 apps free utk download. Smartphone Nokia bosan tak ada apa pun menarik,tak pakai android tak logik ada kat tangga teratas. Skrg ni kat pasaran smartphone paling top Samsung.
ReplySamsung Note 2 da best
ReplyPenulis block ni ketinggalan. mungkin dia x berminat dgn samsung
ReplyPenulis block ni ketinggalan. mungkin dia x berminat dgn samsung
Replysetuju
Replyblog nie tak update la..skrg nie org tak pkai smua hp kt atas tu..samsung yang memonopoli smua..
Replyinfo ni dah update ke ??????
Replyc6 x bgussss..rosak2 je tau
Replypakai yang murah je..hp jatuh pun tak risau
ReplyC7??
ReplyAku pakai 33 sekupang je senang..kalau sesak sgt blh buat lapik tongkat motor
ReplyIni org lama punya blog..hp kt atas tu smua sok bundle je..hakhak
ReplyKita bukan ikut pasaran...hp yg laris tak semestinya terbaik....
Replybrape harga N80 too???
Replybrape harga N8 too???
Replyberapa nokia 597 hah???
Replyberapa apple ipone 4...
Replyhp 33 seposen dah xmsuk snarai .
Replykelebihan:bateri tahan lama,taip msg laju
kekurangan:kkurang canggih ,
kalau x suke, xyah nak kutuk2 orang kat sni...buang masa orang je dok baca msg ko yg ntah hape2 tuh..
ReplyGalaxy nexus tk bagus ke
ReplyExperia z
Replysape nk beli nokia n8, or trade in ? Condition 10/10. Serius !! Call me 0137394232
Replysamsung sIII
Replyberapa
iphone
berapa
Nokia N97 berape
ReplyNokia N8 berape
NOKIA N97 BERAPE
Replyjika sesiapa ingin menjual n97 dn n900,sila hubungi no.ini.01129343226
Replysesiapa yg ingin menjual nokia n97,nokia n900 dn samsung galaxy s.sila hubungi no.ini 01129425390
ReplyNokia jer bnyk .. ape laa ..
ReplyIPhone best ke? saya nak iPhone tapi fingsi hphone ni susah sikit . Bagi laa cadangan anda , samsung s4 khaa atau samsung galaxy note 3 ke atau iphone 4
ReplyPening
kalau x berbaloi bagi sama sy...
Replybagi sy .. telefon bimbit dan leptop ada lah punca utama kanak2 menjadi malas belajar... kerna kesukaan bermain mereka lupa akan pelajaran mereka... dan suka bagi alasan supaya tidak belajar...
Replynokia c6 agak2nya masih jual ka???
Replybleh terangkan kelebihan dan kekeurangan galaxy grand?
ReplyEmoticonEmoticon