Panduan dan petua membeli PSP

Memandangkan sebelum ini Teknomasi telah membuat penerangan tentang model PSP, kini artikel khas untuk pembaca yang berminat untuk membeli PSP sebagai sebahagian daripada gajet peribadi khususnya novis.

 

psp-1000k

 

Mungkin saudara tertanya-tanya, “Adakah berbaloi membeli PSP?”

 

PSP yang dibeli akan berbaloi sekiranya saudara adalah:

  • Pemain permainan video tegar
  • Peminat produk Sony
  • Memerlukan sumber inspirasi atau ketenangan emosi dengan menghiburkan diri
  • Selalu bergerak atau bertugas di luar kawasan

 

Mengapa penulis timbulkan persoalan sebegini?

 

Hal ini kerana ramai yang membelinya tanpa memikirkan keperluan, akhirnya menjual semula selepas dua - tiga bulan memilikinya. Alangkah ruginya. Beratus-ratus membeli dijual murah pula kepada orang lain. Lebih baik gunakan duit untuk keperluan yang lain. Bukan begitu?

 

Ada juga teman yang jenis berjimat-cermat cenderung untuk membeli PSP daripada telefon bimbit baharu. Hal ini kerana PSP menawarkan sesuatu yang lebih baik seperti boleh menonton video, mendengar lagu, melayari internet dan semestinya bermain permainan video bertepatan dengan harganya.

 

Analogi yang diberikan beliau ialah padanan Nokia 3310 + PSP = pilihan bijak untuk edisi jimat.

 

Walau bagaimanapun, sekiranya saudara berminat dengan fotografi, PSP juga menawarkan fungsi tersebut dengan belian tambahan perkakas kameranya (1.3 megapiksel) sahaja.

Beli yang mana satu? Baharu atau terpakai? Original atau modifikasi?

Di pasaran, PSP yang dijual cuma model PSP 3k dan PSP go sahaja. PSP 1k dan 2k agak sukar didapati bekalan stoknya, biasanya yang tinggal cuma terpakai. Kalau bernasib baik, ada.

 

Penjualan PSP 1k dan 2k dihentikan atas faktor strategi pemasaran Sony untuk mendapatkan keuntungan optimum selain melawan modifikasi yang dibuat oleh pakar-pakar modifikasi (hacker) peralatan tegar PSP. Walau bagaimanapun, PSP 3k sudah boleh dimodifikasi dengan kaedah tertentu manakala PSP go masih belum dapat dimodifikasi lagi.

 

Penulis mencadangkan PSP 2k adalah terbaik untuk dimiliki kerana mampu dimodifikasi sepenuhnya. Namun begitu, PSP 3k yang sudah boleh digodam kini menawarkan paparan skrin beresolusi lebih tajam dan cantik bakal mengambil tempat pada masa akan datang.

 

Apabila PSP dimodifikasi, saudara boleh memasang pelbagai aplikasi, mengubah tetapan, memainkan permainan video PS One di PSP, bermain permainan video tangan seperti GBA, SNES dengan emulator dan banyak lagi.

 

Saudara juga tidak perlu membeli UMD yang mahal harganya setiap keping. Sebaliknya, boleh memuat turun di Internet secara percuma. Kearifan penggodam sebeginilah yang banyak mengguntungkan pengguna seterusnya merencatkan jualan UMD Sony. Siapa yang mahu membeli sekeping UMD dengan harga beratus-ratus (ketika itu) hanya untuk satu permainan? Gila.

 

Oleh sebab itu, PSP go dihasilkan untuk Sony meraih keuntungan semula menerusi belian dan muat turun permainan secara dalam talian.

 

Membeli PSP baharu atau terpakai bergantung kepada belanjawan yang saudara miliki. Penulis menyarankan saudara supaya membuat tinjauan di beberapa lokasi untuk mendapat pilihan harga terbaik.

 

Biasanya penulis akan membuat semakan harga di Lelong, Mudah, E-bay dan 1TradeZone terlebih dahulu untuk mendapatkan lingkungan harga baharu dan terpakai. Seterusnya, operasi meninjau dibuat di kedai Sony Style untuk mendapatkan harga PSP terkini sebelum menziarahi Low Yat, Digital Mall dan kedai permainan video demi membanding-banding harga dan tawaran pakej set yang berbaloi dimiliki.

 

Buat pertanyaan sebanyak-banyaknya kepada jurujual kerana tiada caj tersembunyi dikenakan kepada saudara. Secara tidak langsung, saudara akan mendapat input berguna mengenai PSP.

 

Ada kala, PSP yang dijual adalah edisi terhad. Maknanya, PSP tersebut dihasilkan dengan warna bekas yang tersendiri serta pakej lain disertakan bersama dalam kotak. Terpulang sama ada mahu yang edisi terhad atau yang biasa.

 

Pembelian PSP di Sony Style adalah PSP yang menggunakan peralatan tegar yang original. PSP jenis ini hanya boleh memainkan permainan video dengan UMD sahaja. Jika di tempat lain, jurujual akan menyarankan PSP yang siap digodam untuk kemudahan pengguna bermain permainan video yang dimuat turun dari Internet.

 

Untuk mengubah edisi original (Original Firmware) kepada edisi digodam (Custome Firmware), kaedah ChickHEN atau CFW Enabler diperlukan untuk membenarkan godaman.

Cubaan untuk memperbodohkan pelanggan

    1. Jurujual di kedai selalu mengambil kesempatan menjual PSP 2k lebih mahal berbanding 3k atas alasan banyak permintaan tinggi. Sedangkan kerana faktor mudah digodam penjual menjual dengan harga melampau.
    2. Warna juga mempengaruhi harga jualan konon-kononnya warna kristal, metalik dan warna yang ‘pelik-pelik’ (hijau tembikai susu, ungu keladi) sukar diperolehi. Walhal, di Sony Style sama sahaja harga kesemuanya.
    3. Terdapat kedai yang menjual koleksi permainan video PSP dalam bentul digital dengan harga RM 3.00 hingga RM 5.00 setiap satu. Bandingkan secara sinis kepada jurujual untuk mendapatkan harga murah. Muat turun di Internet, percuma. Kalau terdesak, penulis membeli pemainan video yang berkapasiti besar melebihi 1GB (sebab malas nak tunggu masa muat turun yang lama)
    4. Sekiranya PSP saudara mengalami masalah atau kerosakan, hantarlah ke kedai atau individu yang benar-benar menawarkan perkhidmatan memperbaiki PSP. Kedai yang mengambil PSP rosak menjadikan 7 hari sebagai tempoh masa memperbaiki sebagai alasan sebenarnya menghantar ke kedai lain dan mengenakan caj yang lebih mahal.
    5. Harga Memory Stick Pro Duo atau M2 dijual terlampau mahal. Cuba bandingkan harga antara kedai permainan video dengan kedai komputer. Jauh bezanya bukan?

Bacaan lain yang disarankan

Ada apa dengan PSP | Justkhai

Previous
Next Post »

14 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Oktober 14, 2011 2:52:00 PTG delete

harga psp 2k berapa?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, November 26, 2011 10:38:00 PG delete

salam....
hrga psp kt kdai @ psaran skang brapa???
berbaloikah kalu sya beli y terpakai????

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Rabu, Disember 14, 2011 4:47:00 PTG delete

kalau psp yg baru brapa harga @ pasaran terkini???

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, Februari 13, 2012 11:05:00 PG delete

salam, sy ade beberape masalah untuk memahami beberape pekare seperti apekah bahagian atau compenent psp yg suke rosak, cara mencegahnye dan keselamatan tarhadap ke semua psp...sebagai contoh psp 1k,2k,3k,go terhadap memori stick pro duo atau m2.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, November 03, 2012 8:17:00 PG delete

ps 2k bagus ke?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, Disember 17, 2012 3:53:00 PTG delete

Brape harga psp yg paling murah?

Reply
avatar
syafIQ
AUTHOR
Sabtu, Mac 16, 2013 9:22:00 PTG delete

Siapa2 yang ada PSP. Boleh la berdiskusi bersama kami di PSP Malaysia Di FAcebook.
http://www.facebook.com/PspMalaysia

Reply
avatar
yazid
AUTHOR
Selasa, Mei 07, 2013 8:35:00 PTG delete

psp mane yang ok yer?? nak beli ni

Reply
avatar
ejam
AUTHOR
Ahad, September 04, 2016 4:34:00 PTG delete

saye baru jual yg terpakai..
sye jual 200. je

Reply
avatar
ejam
AUTHOR
Ahad, September 04, 2016 4:35:00 PTG delete

saye baru jual yg terpakai..
sye jual 200. je

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Selasa, Disember 27, 2016 11:17:00 PTG delete

Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
mrwilliam751@gmail.com

(1) Nama Penuh
(2) Alamat Penuh
(3) Negara
(4) Umur
(5) Pekerjaan
(6) Beritahu nombor telefon
(7) Seks:
(8) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
(9) Tempoh Pinjaman

Email kami di: mrwilliam751@gmail.com

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Selasa, Disember 27, 2016 11:19:00 PTG delete


Do you need an urgent loan we offer worldwide loan to who in need of loan the business opportunity you having being looking for is here again. email us now at: mohanmendcompany01@gmail.com
LOAN APPLICATION FORM
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:.
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8)Monthly Income:
9)Occupation:
)Which did you here about us.

Best Regards.

Reply
avatar
maria
AUTHOR
Khamis, Februari 08, 2018 5:46:00 PG delete

Nama saya adalah Puan Maria Pedro, CAWANGAN JAMINAN JAMINAN. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk menyelesaikan hutang anda, adakah anda memerlukan pinjaman untuk membaiki perniagaan anda, adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan, gadai janji, atau keperluan lain? Adakah anda ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Ketahui lebih lanjut, bukan kerana kami berada di sini untuk menyelesaikan semua masalah kewangan anda pada masa lalu !!! Kami menawarkan pinjaman kepada syarikat, korporat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan munasabah untuk tempoh tetap 1-30 tahun dan enam bulan sebelum permulaan ansuran bulanan. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di: (mariapedroguaranteetrustloan@gmail.com)

PERMOHONAN DATA

1) nama:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Jantina:
5) Status perkahwinan:
6) Pekerjaan:
7) nombor telefon:
8) kedudukan di tempat kerja:
9) pendapatan bulanan:
10) Jumlah pinjaman:
11) Tempoh Pinjaman:
(12) Sasaran pinjaman:
13) Tarikh lahir:
terima kasih

Reply
avatar