PlayStation Portable (PSP) merupakan keluarga produk Playstation, yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment. Konsol permainan video tangan ini adalah sebahagian daripada generasi ketujuh sama seperti Nintendo Dual Screen (NDS), Wii, PS3 dan sebagainya. Menurut IGN, 60 juta buah sudah terjual di seluruh dunia menjelang 14 Mac 2010.
Kelebihan yang terdapat dalam PSP ialah saudara boleh melayari internet, mendengar lagu, menonton video dan berhubung menerusi Skype. Malahan pemasangan perkakas tambahan seperti kamera.
Media yang menyokong PSP ialah Universal Media Disk (UMD), secara digital (fail berformat .cso dan .iso) dan cakera Blu-Ray (menerusi Remote Play).
Kapasiti storan pula memerlukan Memory Stick Pro Duo atau Duo (M2) sama ada 2, 4, 8 atau 16 GB. Selain itu, PSP menawarkan fungsi capaian Wi-Fi (802.11b) dan sambungan USB.
PSP 1000

Model ini boleh dimodifikasi peralatan tegar untuk memainkan permainan video yang dimuat turun (fail .cso dan .iso) tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, model ini cuma memiliki RAM 32MB sahaja. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1800mAh kepada 2200mAh.
PSP 2000
Edisi yang kedua, Sony telah melancarkan edisi ramping, PSP Slim pada September 2007. Binaan dalam model ini menggunakan papan induk jenis TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1, TA-088.v2 dan TA-088.v3.
Naik taraf daripada model sebelumnya ialah RAM 64MB, skrin anti silau. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1200mAh kepada 2200mAh.
Walau bagaimanapun, hanya papan induk TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1 dan TA-088.v2 sahaja yang boleh dimodifikasi peralatan tegar. Setakat ini, papan induk TA-088.v3 tidak boleh dimodifikasi.
PSP 3000
Nama lain untuk model ini ialah PSP Brite. Ianya muncul di pasaran pada Oktober 2008. Spesifikasinya hampir sama seperti PSP 2000, cuma butang ‘Hom’ berubah menjadi logo PS.
Peningkatan daripada model yang sebelumnya ialah terdapat mikrofon binaan dalaman, skrin lebih tajam dan jelas. Walau bagaimanapun, bekasnya diragui ketahanannya kerana dikatakan mudah pecah.
PSP go
Setahun kemudian, PSP go muncul dengan reka bentuknya yang boleh menggelongsor. Ianya menggunakan papan induk TA-091 dan TA-094.
Model N1000 ini mempunyai cakera keras berkapasiti 16GB. Oleh yang demikian, permainan yang ingin dimiliki boleh dibeli dan dimuat turun menerusi Store PlayStation.
PSP go tidak lagi menggunakan UMD kerana melibatkan kos yang mahal selain kurang sambutan dalam kalangan peminat. Apatah lagi UMD boleh disalin dalam bentuk digital berformatkan CSO dan ISO. Pastinya strategi sebegini Sony dapat membendung gejala menyalin permainan video kepada edisi ‘lanun’.
Kapasiti storan tambahan boleh dibuat dengan membeli M2. Terdapat juga fungsi Bluetooth.
25 Komentar
Write Komentarcam ne main permainan video psp go kalau tak de cetak rompak..mesti mahal permainan tu..
ReplyGame original dalam RM60 hingga RM150/satu bergantung kepada tajuk.
ReplyKalau nak main game dalam bentuk .iso atau .cso (versi lanun, simpan dalam memori kad M2), lebih baik ambil PSP 2000 atau 3000. Pastikan Firmware PSP bukan versi 6 dan ke atas.
mane yg lbh bgus??? psp 1k,psp 2k,psp 3k??
ReplyKalau bagus dari segi prestasi dan kualiti, pastilah dapatkan yang terkini PSP 3K. Susunan dari yang rendah kepada yang terbaik : PSP 1K < PSP 2K < PSP 3K.
ReplyBezanya dari sudut 'hack' ialah PSP 2K merupakan model PSP yang paling mudah untuk digodam peralatan tegarnya (firmware hacking) untuk main permainan video dalam bentuk digital, sama ada yang dimuat turun dari internet atau dibeli dari kedai dan kemudiannya disumbat dalam kad memori.
PSP 3K juga boleh digodam sama seperti PSP 2K. Cuma caranya sedikit leceh dan perlu dilakukan setiap kali PSP 'restart' atau apa-apa sahaja yang keadaan yang menyebabkan godaman sebelumnya terbatal. Maknanya, ada waktu-waktu tertentu mesti 'hack' dulu sebelum main.
Boleh juga baca pandangan penulis tentang PSP: http://www.teknomasi.com/2010/09/panduan-dan-petua-membeli-psp.html
blh tlong x bg tau harga wii sekarang ni???...ape klebihan wii??..mahal x game wii???...sye teringin nak beli,tapi tak tahu nak tanye sape..blh tlg bgi tau x..hehhe..maaf lh ye lari tajuk..
Replyharga psp 2k berapa?
ReplyNintendo Wii lebih tertumpu kepada permainan video bergenre keluarga. Peralatan tambahan seperti Wii Balance Board perlu dibeli secara berasingan. Tak dapat nak ulas panjang sebab tak beli. Selalunya Teknomasi akan mencuba sendiri sebelum membuat ulasan.
ReplyHarga PSP 2K sekarang dalam RM500 untuk baharu manakala yang terpakai lingkungan RM450 dan ke bawah. Khabarnya PS Vita akan muncul hujung tahun ini, kalau beli PSP sekarang agak rugi. Sekadar pandangan peribadi.
apa beza psp 2k dan 3k?
ReplySudah diterangkan dalam artikel dan komentar sebelum ini. Baca dan fahami dahulu.
Replypsp 2k atau 3k yang paling sesuai dimiliki?
Replysalam.apakah bateri pandora sy fham cra nak guna..
ReplyBateri Pandora merupakan gantian kepada bateri asal untuk melakukan 'hack' PSP. Kelebihannya tiada risiko 'brick' semasa proses godaman dilakukan. Agak sukar untuk didapati di pasaran Malaysia.
ReplySecara peribadi, tak beli bateri Pandora pun masih boleh 'hack' PSP. Risiko 'brick' boleh diatasi sekiranya pemilik benar-benar faham bagaimana melakukan proses godaman 'firmware' PSP.
apa yang best psp 2000 ni arr..aku bru je nak angkut psp 2000 ni..bgi la pndapat skit tntang psp 2000 ni..pleas.
Replyhai safwan.sy nk tnye..psp 2006. frimware 5.50 GEN D3 dengan motherboard nyer TA-085 ni boleh main game iso.sco ke tak..dan psp ni boleh unbrick tak,,.
ReplySelepas 'hack' dengan 'Custom Firmware' (CFW) memang boleh main permainan videonya secara digital sama ada dalam format .ISO atau .CSO.
ReplySony akan sentiasa menaik taraf 'Official Firmware' (OFW) untuk tambah sekuriti dan elak kecurian harta intelek. Penggodam pula hasilkan CFW selepas OFW dikeluarkan. Tujuan penggodam bukan semata-mata mahu main permainan video percuma, sebaliknya menambah baik fungsi sedia ada supaya penggunaan PSP tidak terbatas.
Masalah 'brick' atau tidak bergantung kepada pemahaman proses godaman PSP. Sebelum buat, mesti baca betul-betul supaya kita tahu apa yang kita buat.
Untuk PSP 2006, firmware terkini PSP: CFW 6.39 ME-9.7
salam..psp 200x ni kene hack jugak ke baru boleh main game iso/cso..
Replyhelo..safwan psp 200x frimware terkini yang boleh main semua iso/cso..frimware berape ye..
Replyhai safwan..psp untuk 2000 frmware yang last berape ye..
Replyassalamualikum safwan......PS Vita bila keluar kat Malaysia?
Replyassalamualaikum...sye nak tnye.....pasal psp go....sye ade mslh...kalau sye mengecasnyer....mase slide terbuka bole....tp mse slide ditutp xde ape terjadi....jd...kirenye cas hanye bole dilakukan ketika psp go dlm mood x dikunci...macamne nak mengatasi maslh ini?
Replyhai teknomasi..sy nak tanya psp 2000 TA-085v2 boleh unbrick tak..dan apa penyebab terjadinya brick..
Replyhai. nk tnye, game nintendo boleh main dlm psp x?
Replyasalam, saye nak tanye cket bole x?
ReplyPSP 3000 2013 harga yg ade wifi brape? 6ratus eh
Siapa2 yang ada PSP. Boleh la berdiskusi bersama kami di PSP Malaysia Di FAcebook.
Replyhttp://www.facebook.com/PspMalaysia
Kalau download game masuk sd card or ram?
ReplyEmoticonEmoticon