Hantar SMS percuma dengan MostSMS

 mostSMS

MostSMS merupakan sebuah laman penyedia perkhidmatan penghantar sistem pesanan ringkas (short message system – SMS) secara percuma ke seluruh Malaysia. Laman ini dikendalikan oleh Cypearl Sdn. Bhd. Ketika artikel ini ditulis sudah 12,255 orang berminat dengan kewujudan MostSMS.

 

Kelebihan MostSMS ialah pengguna diberi 30 SMS percuma untuk dihantar pada satu-satu masa dalam sehari. Saudara juga boleh menyimpan nombor-nombor telefon di dalam buku telefon tanpa perlu menyemak nombor di telefon bimbit lagi. Selain itu, terdapat koleksi SMS pelbagai kategori disediakan untuk dihantar kepada rakan-rakan atau yang tersayang.

 

Menariknya tentang MostSMS, terdapat fungsi penghantaran sms secara berjadual kepada pengguna. Oleh yang demikian, saudara boleh menetapkan waktu SMS yang diterima tepat pada masanya. Masalah terlupa dapat diatasi dengan MostSMS.

 

Untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan, saudara perlu melakukan pendaftaran terlebih dahulu. Mungkin ada yang beranggapan bahawa pendaftaran adalah sesuatu yang melecehkan namun pengguna perlu akur dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan seperti tidak boleh menghantar SMS berunsurkan ugutan, menyalahi hak cipta terpelihara, pornografi dan pengiklanan berunsur perniagaan.

Pendaftaran

Langkah 1

MostSMS1

 

 

Langkah 2

MostSMS2

 

 

Langkah 3

Scr000001

Kod pengaktifan akan dihantar ke telefon saudara

 

 

Langkah 4

Send Free SMS to any Mobile Phone - MostSMS.com - Free SMS in Malaysia_1283271722798

 

Sekiranya terdapat sebarang masalah, bolehlah bertanya kepada Teknomasi.

Previous
Next Post »