Solusi servis operator hilang selepas Jailbreak iOS 5.0.1

Adakah selepas saudara Jailbreak iOS 5.0.1 di iPhone rangkaian telekomunikasi yang digunakan tidak muncul?

Walaupun sudah mencuba mengikut sebagaimana yang disarankan masih tetap sama?

 

iPhone saudara bukanlah rosak atau mengalami masalah di bahagian kad sim sebagaimana yang difikirkan. Sebenarnya, jalur asas (baseband) yang digunakan iPhone adalah jenis lama (older baseband). Older baseband terdiri daripada 01.59.00, 04.26.08, 05.11.07, 05.13.04 dan 06.15.00.

Semakan baseband boleh dibuat dengan cara: Settings > General > About > Model Firmware

Sekiranya Model Firmware yang ditunjukkan sama seperti di atas, hal ini bermakna iPhone saudara perlu menukar cara Jailbreak supaya masalah kehilangan servis operator dapat diatasi.

 

Cara #1 (Selepas Jailbreak)

Solusi servis operator hilang selepas Jailbreak iOS 5.0.1

1. Masuk ke Cydia, cari Ultrasn0w 1.2.5 untuk dipasang.

2. Reboot semula iPhone.

 

atau

 

Cara #2 (Sebelum Jailbreak)

Solusi servis operator hilang selepas Jailbreak iOS 5.0.1

1. Muat turun: Sn0wbreeze 2.8b11

2. Jalankan Sn0wbreeze dan pilih fail iOS 5.0.1 .IPSW     

3. Pilih mode: Baseband Preservation Mode.

4. Pilih yes dan tunggu hingga proses selesai.

5. Satu fail IPSW baharu akan tercipta dengan nama Sn0breeze _iPhone – 5.0.1.IPSW

6. Jalankan iTunes 10.5.2 (atau terkini) dan sambungkan kepada iPhone.

7. Tekan Shift dan klik Restore. Pilih fail IPSW yang siap dicipta dengan nama Snowbreeze.

8. Tunggu hingga selesai proses pemasangan iOS.

9. Kemudian, ubah iPhone kepada mode DFU.

10. Jalankan Redsn0w sama seperti tutorial sebelum ini.

11. Bezanya, langkah ke-4, tandakan (/) pada Install Cydia, Install iPad Baseband dan Deactivate.

Previous
Next Post »