Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Corona untuk Untethered Jailbreak

Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Corona untuk Untethered Jailbreak

Corona 5.0.1 Untether

 

Satu lagi alat terbaharu untuk melakukan Jailbreak telah diperkenalkan kepada khalayak, iaitu Corona.

Tidak seperti Redsn0w dan Sn0wbreeze, Corona boleh dilakukan terus dengan capaian internet menerusi Cydia.

Bagi pemilik iDevices yang telah melaksanakan Semi-Tethered atau Tethered untuk iOS 5.0.1 sebelum ini boleh menggunakan Corona untuk menukar status Jailbreak kepada Untethered Jailbreak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kelebihan dan perbezaan jenis-jenis Jailbreak, boleh klik di sini.

Sehingga kini, Corona boleh dipasang di setiap iDevices kecuali iPhone 4S dan iPad 2.

 

Langkah-langkah memasang Corona

1. Lancarkan Cydia dan cari “Corona”.

2. Pilih “Corona 5.0.1 Untether” dan mula pasang.

3. Reboot semula iDevices.

 

Sekiranya saudara tidak berminat untuk menggunakan kaedah Corona untuk Untethered Jailbreak iOS 5.0.1, bolehlah menggunakan kaedah redsn0w.

Previous
Next Post »