Unthetered Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Redsn0w untuk iPhone dan iPad

Khabar gembira kepada pemilik iPhone dan iPad ketika ini kerana Pod2g telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja Jailbreak yang memakan masa yang cukup panjang.

Sebelum ini, iOS 5.0 dan 5.0.1 hanya boleh Jailbreak dengan status Semi-Tethered sahaja

 

Unthetered Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Redsn0w untuk iPhone dan iPad

iOS 5.0.1 yang berjaya di-Jailbreak

 

Untuk memulakan proses Jailbreak, hanya beberapa iDevices sahaja yang menyokong proses ini. Berikut merupakan iDevices yang terlibat:

  • iPhone 4 (GSM – CDMA)
  • iPhone 3GS
  • iPod Touch 4G
  • iPod Touch 3G
  • iPad 1

 

Bagaimana pula dengan iPhone 4S dan iPad 2?

Buat masa ini, kerja-kerja menyelesaikan proses Jailbreak untuk kedua-dua model ini sedang giat dijalankan oleh Pod2g. Khabarnya dalam tempoh terdekat akan dimaklumkan kepada umum.

Jadi, diharapkan pemilik iPhone 4S dan iPad 2 setia menanti perkhabaran gembira daripada kami.

 

Muat turun Redsn0w 0.9.10 b1: Windows | Mac

Muat turun iOS 5.0.1: iPhone 4 GSM | iPhone CDMA | iPhone 3GS | iPad | iPod Touch 3G | iPod Touch 4G

 

Langkah-langkah Jailbreak iOS 5.0.1

1. Kemas kini iOS saudara kepada 5.01 dengan iTunes terlebih dahulu.

2. Selepas siap menaik taraf iOS kepada 5.0.1, jalankan Redsn0w.

3. Pilih Extras > Select IPSW > pilih iOS 5.0.1

4. Klik Back > Jailbreak > tandakan (/) pada Install Cydia

5. Ikut arahan sebagaimana yang dipinta oleh Redsn0w.

6. Kejayaan Jailbreak terbukti apabila gambar nenas berlari muncul di skrin.

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng