Microsoft telah mengeluarkan sistem operasi baharu, iaitu Windows 8 Developer Preview kepada umum sejak 3 bulan yang lepas. Sistem operasi ini masih di peringkat percubaan dan disediakan untuk pembangun perisian dan aplikasi.
Saudara boleh memuat turun Windows 8 Developer Preview sama ada dalam versi 32-bit atau 64-bit secara percuma.
Spesifikasi minimum untuk memasang Windows 8 Developer Preview adalah seperti yang berikut:
- Pemproses Intel/AMD 1GHz atau lebih baik
- RAM 1GB untuk 32-bit atau 2GB untuk 64-bit
- Cakera keras masih mempunyai ruang storan sekurang-kurangnya 16GB (32-bit) atau 20GB (64-bit)
- Grafik: DirectX 9 dengan WDDM 1.0 atau lebih baik
- Skrin yang menyokong fungsi sesentuh merupakan satu kelebihan.
- Untuk menjalankan aplikasi gaya Metro, skrin mesti mempunyai resolusi 1024 X 768 atau lebih baik.
Muat turun secara percuma terhad sehingga 12 Mac 2012.
Sumber: Microsoft
EmoticonEmoticon