Tangani bunyi vuvuzela ketika menonton Piala Dunia 2010 Afrika

Tangani bunyi vuvuzela ketika menonton Piala Dunia 2010 Afrika

Vuvuzela dan Piala Dunia 2010 umpama tidak dapat dipisahkan. Menjelang perlawanan pertama antara tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico, penyokong Afrika Selatan tanpa rasa penat terus meniup vuvuzela hingga ke penghujung perlawanan yang akhirnya berkesudahan seri 0-0.

 

Bagi penduduk Afrika sudah menjadi kebiasaan tetapi orang lain satu bentuk gangguan dan serangan psikologi kepada pihak lawan. Bunyi wisel pengadil pun jadi tenggelam timbul dibuatnya. Walaupun terdapat cadangan supaya FIFA mengharamkan vuvuzela daripada dibawa masuk ke dalam stadium, namun Sepp Bletter tidak bersetuju kerana vuvuzela merupakan budaya orang Afrika yang perlu dihormati semua.

 

Penonton di rumah semestinya mahu menonton perlawanan Piala Dunia dengan aman; melihat pemain beraksi dan ulasan pengulas, bukan bunyi vuvuzela. Teknomasi ada cara menanganinya.

Tangani bunyi vuvuzela ketika menonton Piala Dunia 2010 Afrika

Book of Joe mencadangkan kepada penonton supaya mengubah tetapan di televisyen pada bahagian Menu > Volume > Equalizer (gambar di atas menggunakan televisyen Samsung). Kurangkan bunyi 300Hz dan naikkan bunyi 100Hz dan 1KHz.

 

Terdapat juga cara lain yang boleh digunakan di sini.

 

Bagaimana? Ok?

Previous
Next Post »