Teknomasi berwajah baharu

Beberapa hari yang lalu, Teknomasi telah menukar tema baharu. Jika sebelum ini Teknomasi menggunakan tema Motion yang berwarna biru, kini dengan tema Prowess berwarna putih.

teknomasi lama

Teknomasi lama berwajah Motion

 

teknomasi baru

Teknomasi baharu dengan Prowess

 

Selain itu, ciri-ciri baharu juga dimuatkan untuk kemudahan pembaca Teknomasi. Antaranya ialah:

 

like

1. Butang suka atau like button daripada palam Facebook. Palam ini akan dicatatkan pada laman Facebook saudara. Secara tidak langsung rakan-rakan saudara yang belum pernah mengetahui kewujudan Teknomasi boleh mengetahui dan membaca artikel yang diminati saudara.

 

live feed

2. Aktiviti semasa atau activity feed yang juga daripada palam Facebook. Secara tidak langsung, pengguna yang suka atau berkongsi dengan penanda sosial akan dirakamkan di sini. Pembaca yang lain boleh membuat pilihan untuk membaca artikel yang banyak dikongsi.

 

muka surat tmk

3. Pengubahsuaian kod di blog ini memaparkan bilangan muka surat artikel yang terdapat di Teknomasi. Pembaca boleh membaca artikel-artikel yang lepas dengan mudah.

 

Slider artikel

4. Artikel terkini diletakkan bahagian lajur kiri. Menariknya, 20 artikel terkini akan dipaparkan secara bergerak tanpa henti.

 

tanyateknomasi

5. Teknomasi juga menyediakan ruang untuk pembaca bertanya apa-apa sahaja perihal komputer, tips ataupun cadangan artikel kepada penulis. Hantarkan sahaja, akan dibalas dengan kadar segera!

 

pautan sosial

6. Butang timbul atau floating button. Saudara boleh menghubungi penulis dengan sama ada dengan cara Facebook atau Twitter. Juga, boleh langgan RSS atau Feedburner.

Previous
Next Post »