Fakta menarik tentang komputer riba

Fakta menarik tentang komputer riba

SquareTrade (ST) telah menjalankan satu ujian secara rawak terhadap 30,00 buah komputer riba dan netbook untuk dianalisis. Ujian ini hanya tertumpu kepada pembelian komputer riba dan netbook yang baharu sahaja. Bukan jenis yang diperbaiki semula dan dijual ataupun terpakai.

 

Untuk makluman, ST merupakan pengendali waranti bebas. Perniagaan yang diajalnkan bermula sejak tahun 1999 lagi. Hasil usaha yang dijalankan ST mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada pengguna.

 

Klasifikasi terhadap netbook dan komputer riba telah dicerakinkan kepada 3 kategori menerusi harga. Bawah $400 ialah netbook, lingkungan antara $400 hingga $1000 ialah komputer riba aras permulaan dan atas $1000 ialah komputer riba premium.

 

Jualan pembekal komputer riba dan netbook sepanjang suku kedua tahun 2010 adalah seperti yang berikut:

 

Kedudukan

Pembekal

Bilangan unit terjual (Suku kedua, 2010)

1 Acer Group 6,091
2 HP 5,634
3 ASUS 3,155
4 Toshiba 3,037
5 Dell 2,839
6 Lenovo 2,177

 

Sumber: IDC Quaterly PC Tracker

 

Hasil kajian ST mendapati:

 

  1. Netbook mempunyai kecenderungan untuk gagal beroperasi sebanyak 20% berbanding komputer riba. Masalah yang selalu dihadapi ialah kesesuaian perkakasan.
  2. 1 daripada 3 komputer riba gagal beroperasi selepas 3 tahun. Hal ini disebabkan oleh kegagalan perkakasan beroperasi dan kecuaian sendiri.
  3. Jenama ASUS dan Toshiba merupakan jenama yang boleh dipercayai. Hal ini kerana kedua-dua jenama ini mencatatkan peratusan bawah daripada 16% perkakasan gagal beroperasi selepas 3 tahun.
  4. Jenama HP (25.6%), Gateway (23.5%) dan Acer (23.3%) mempunyai kekerapan peratusan yang tinggi perkakasan rosak selepas tiga tahun.

 

Rujukan: SquareTrade

Previous
Next Post »

3 Komentar

Write Komentar