NewsBlur bukan sebarang pembaca suapan RSS

Apabila menemui laman sesawang atau blog yang menarik untuk dibaca, biasanya kita akan melanggan suapan RSS (Really Simple Syndication) laman atau blog tersebut. Dengan cara ini, artikel yang terkini dapat dibaca pada bila-bila masa tanpa ketinggalan.

 

Walau bagaimanapun, suapan RSS yang dilanggan tidak menarik kerana hanya terdapat tulisan, gambar dan berlatarbelakangkan putih. Suasana sebegini kadang-kadang boleh membunuh minat pelanggan RSS untuk membaca.

NewsBlur bukan sebarang pembaca suapan RSS

Oleh yang demikian, Samuel Clay telah melakukan inovasi untuk mengatasi tanggapan sebegitu dengan mencipta NewsBlur. Aplikasi ini membenarkan pelanggan RSS menikmati bacaan laman atau blog kesukaan yang dilanggani seumpama sedang melayari laman atau blog tersebut.

 

Untuk penggunaan NewsBlur pertama kali, saudara bolehlah memuatkan suapan terus atau mengimport fail OPML daripada pembaca suapan yang digunakan. Saudara juga boleh mengimport langganan daripada Google Reader pada bila-bila masa.

 

CARA MEMBUAT TETAPAN KALI PERTAMA

Pengguna perlu mendaftar dahulu sebelum dapat menggunakannya. Kemudian, tekan butang tetapan di bahagian bawah untuk menyenaraikan suapan RSS.

NewsBlur bukan sebarang pembaca suapan RSS

      1. Tambah alamat suapan RSS yang dikehendaki
      2. Cipta folder mengikut tema untuk memudahkan pengurusan
      3. Mengimport langganan daripada Google Reader
      4. Muat naik fail OPML

 

CARA MENGGUNAKANNYA

3 panel membahagikan antara senarai suapan RSS yang dilanggan, ruang bacaan artikel dan penetap bacaan yang menarik dalam kalangan pembaca.

NewsBlur bukan sebarang pembaca suapan RSS

Panel suapan RSS yang dilanggan

NewsBlur bukan sebarang pembaca suapan RSS

Panel ruang bacaan artikelNewsBlur bukan sebarang pembaca suapan RSS Panel statistik, artikel terbaik dan lain-lain lagi

 

KELEBIHAN

  1. Boleh klik di panel ruang bacaan artikel umpama sedang melayari laman atau blog tersebut
  2. Pembaca suapan RSS yang terbaik yang pernah ditemui. Lain dari yang lain.

 

KEKURANGAN

  1. Versi percuma terhad kepada 64 suapan sahaja. Saudara perlu bijak untuk memilih 64 pautan sahaja. Untuk fungsi tambahan dan bilangan suapan tanpa had perlu membayar $12 untuk setahun.
  2. Terdapat beberapa laman sesawang atau blog yang tidak dapat memaparkan suapan RSSnya dengan baik.

 

PENINGKATAN MASA AKAN DATANG

  • Dijadikan sebagai aplikasi iPhone
  • Peningkatan sekuriti dan data
  • Lebih lancar dan fungsi terbaharu.

 

Teknomasi telah mencubanya dan mudah sahaja kendaliannya. Jom beralih kepada NewsBlur!

Previous
Next Post »