Perlukah iPad ditukar dengan iPad 2?

Perlukah iPad ditukar dengan iPad 2?

Baru-baru ini Apple telah melancarkan iPad 2. Pelbagai peningkatan taraf telah dibuat pada iPad 2 dan boleh didapati dalam 2 warna; hitam dan putih.

Jualan iPad 2 di Amerika akan bermula pada 11 Mac ini manakala Australia, Austria, Belgium, Kanada, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Iceland, Itali, Ireland, Hungary, Japan, Luxemborg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Spain, Sweden, Switzerland dan UK pada 25 Mac.

Ketiadaan nama Malaysia dan Singapura dalam Keynote (Powerpoint versi Mac) tersebut, dianggarkan iPad 2 akan masuk dalam pasaran menjelang bulan Julai atau Ogos.

Persoalan sekarang, adakah pemilik iPad perlu menukar kepada iPad 2?

Maklumlah, iPad 2 ada kamera depan dan belakang, pemproses yang lebih laju, lebih nipis dan mempunyai bekas penutup tersendiri.

Berdasarkan pandangan Will Greenwald dalam artikelnya, “5 Sebab Tidak Perlu Membeli iPad 2”, naik taraf iPad 2 daripada iPad cuma bersifat memenuhi beberapa fungsi yang tidak ada selama ini.

Tiada perubahan besar yang dibawa oleh iPad 2 sebagaimana yang diingini oleh pengguna seperti penyediaan port USB, slot kad memori dan video 3D.

1. Pemain media iPad 2 masih sama seperti iPad

Tiada peningkatan resolusi, warna atau kecerahan paparan filem atau cerita. Semua filem yang ditonton dan lagu yang didengari menerusi iPad 2 boleh dimainkan di iPad.

2. Pembaca buku elektronik iPad 2 masih sama seperti iPad

Skrin dan pembaca buku elektronik yang sama. Paparan surat khabar, majalah atau buku di iPad 2 masih sama dengan iPad. Yang berbeza, kelajuan iPad 2 membaca dokumen berat lebih pantas berbanding iPad kerana pemprosesnya yang lebih berkuasa. 

3. iPad boleh melayari internet sama seperti iPad 2

Sama seperti 2 fungsi di atas. Apa masalahnya?

 

4. Boleh memaparkan video dalam bentuk HDTV.

Kedua-dua boleh memaparkan video HDTV dengan menggunakan Digital AV Adapter. Cuma yang berbeza ialah resolusi yang terhasil daripada iPad ialah 720p manakala iPad 2 ialah 1080p.

 

5. iLife, iMovie dan GarageBand

3 aplikasi baharu yang diperkenalkan oleh Apple ini bukan bermaksud mesti memiliki iPad 2 dahulu untuk menggunakannya. Ia soal menaik taraf iOS, bukan perkakasnya. Jangan tersalah perhitungan.

 

Kesimpulannya, penulis akan menukar iPad kepada iPad 2 hanya kerana adanya kamera semata-mata. Hal ini penting untuk terus aktif dalam penulisan blog.

Jika saudara jenis berjimat cermat, lebih baik nantikan iPad 3 dengan naik taraf yang lebih menyeluruh suatu ketika nanti harapnya. iPad dan iPad 2 masih dalam kategori generasi pertama umpama iPhone 3G dan iPhone 3GS.

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Faiz
AUTHOR
Ahad, Mac 06, 2011 12:58:00 PTG delete

wohoo! Tuka sbab kamera je? Yg penting iPad 2 lg nipis, lg ringan, lg laju & pilihan warna itam @ putih. tuka,jgn tk tuka.

P/S: Kalo nk jual iPad 1, offer aku dulu bro. hehe

Reply
avatar
crvmin
AUTHOR
Isnin, Mac 14, 2011 9:04:00 PG delete

god info...baru berkira2 nak beli ipad2.

Reply
avatar