Kindle boleh dipasang di komputer

Kindle boleh dipasang di komputerAmazon Kindle merupakan sebuah gajet yang berjaya merubah gaya baca konvensional kepada buku dalam bentuk elektronik (e-book). Kalau dahulu pengguna perlu ke kedai membeli buku, kini boleh dibeli menerusi internet. Hal ini sangat membantu golongan pengembara daripada dibebani buku untuk dibawa bersama.

 

Terdapat lebih 950,000 buah buku dijual dan 107 daripada 111 buah buku jualan terbaik New York Times di Kindle Store.

 

Bagi pembaca yang tidak memiliki gajet tersebut, mereka masih boleh menggunakan kelebihan yang ada di Kindle menerusi komputer. Untuk menggunakannya, muat turun di sini: Kindle for PC.

 

Kindle boleh dipasang di komputer

Kindle boleh dipasang di komputer

Kelebihan:

  1. Pengalaman membaca Kindle menerusi komputer. Tak perlu gajet Kindle.
  2. Akses buku-buku Kindle saudara walaupun tidak memiliki gajet Kindle.
  3. Synchronize secara automatik muka surat terakhir yang dibaca
  4. Boleh mencipta penanda (bookmark) dan melihat catatan ringkas yang dibuat.

Keperluan spesifikasi sistem:

  • Prosesor Intel atau AMD 500MHz dan ke atas.
  • RAM: 128MB
  • Resolusi skrin: 800x600 atau lebih baik
  • Windows XP Service Pack 2, Vista atau 7.
  • Cakera keras: 100MB
Previous
Next Post »