Tutorial tetapan Internet/3G untuk Samsung Galaxy Tab P1000

Tutorial tetapan Internet/3G untuk Samsung Galaxy Tab P1000

Teman penulis baru sahaja membeli sebuah Samsung Galaxy Tab P1000 petang semalam di Lowyat. Sebelum itu, dia cukup bersemangat bertanyakan kepada penulis tentang iPad, Galaxy Tab dan PlayBook.

Penulis lebih banyak memberitahu tentang kelebihan dan kekurangan iPad berdasarkan pengalaman kerana telah memilikinya sebuah. Selain itu, penulis juga menyarankan kepadanya supaya memilih Galaxy Tab kerana lebih mudah untuk urusan perkongsian fail.

Selepas membelek dan mencuba-cuba, penulis mendapati fungsi 3G tidak boleh disambungkan. Hal ini sedikit melecehkan pengguna baharu Samsung Galaxy Tab. Mujur operator telefon setia melayan walaupun sudah menjelang dinihari.  

Tutorial

  1. Cari dan klik Setting
  2. klik Wireless and network
  3. Pilih Mobile Network
  4. Access Point Name akan paparkan Done (maknanya tiada apa-apa sambungan).
  5. Tekan butang Menu dan pilih Add APN.
  6. Masukkan maklumat berdasarkan perkhidmatan telekomunikasi yang dilanggani:

Untuk pengguna Celcom

  • Name:  celcomwap 
  • APN: celcom3g 
  • Proxy: 010.128.001.242 
  • Port: 8080
  • Server: http://3g.celcom.com.my 
  • MMSC: http://mms.celcom.net.my
  • MMS: 010.128.001.242 
  • MMS PORT: 8080 
  • MCC: 502 (jika tiada, masukan nombor tersebut)
  • MNC: 19 (jika tiada, masukan nombor tersebut)
  • APN TYPE: internet + mms
  • Selesai mengisi, tekan butang Menu dan simpan
  • Restart semula Samsung Galaxy Tab saudara.
Sumber: Azmanisma

Untuk Maxis

  • Name: maxiswap
  • APN: maxis3g
  • Port: 80
  • APN TYPE: internet
  • Selesai mengisi, tekan butang Menu dan simpan
  • Restart semula Samsung Galaxy Tab saudara.
Kini, saudara sudah boleh melayari Internet. Smile
Previous
Next Post »

9 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Selasa, Oktober 11, 2011 9:02:00 PG delete

maaf....
saya nak tanye...
setting nie utk ape ye?
prepaid ker post paid?
toLak kredit La ye?

pLs repLy ASAP kat emaiL saya and expLain....
aiemal_2009@yahoo.com
thanks....

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Selasa, Oktober 11, 2011 3:50:00 PTG delete

Kalau guna 3G, sudah pasti akan melibatkan kos dengan operator tempatan. Biasanya pengguna tablet akan melanggan pelan data sama seperti perkhidmatan jalur lebar. Ianya lebih menguntungkan daripada prabayar.

Reply
avatar
zam
AUTHOR
Selasa, Oktober 25, 2011 12:37:00 PTG delete

apasal plak setting maxis celcomwap...sila tengok balik setting anda,.,,,tak pon ni copy paste je...tq

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Selasa, Oktober 25, 2011 11:28:00 PTG delete

Terima kasih atas makluman. Sudah diperbaiki.

Reply
avatar
KimmiE86
AUTHOR
Khamis, Januari 05, 2012 8:01:00 PG delete

terima kasih sahabat....saya 6 7x download setting....tak jd2...tp Allah membantu saya menemukan blog saudara....masalah saya selesai...saya pengguna Maxis

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Januari 20, 2012 3:44:00 PTG delete

Yezaaaa saya nak go to langgan jugaklah wait for me..ill join da club

Reply
avatar
azmanisma.com
AUTHOR
Sabtu, Januari 28, 2012 7:10:00 PTG delete

Terima Kasih diatas backlink saudara...

Reply
avatar
waie
AUTHOR
Ahad, April 15, 2012 2:43:00 PTG delete

Setting untuk digi macam mane plak ye!..?

Reply
avatar