Jailbreak iPad 2 dengan JailbreakMe 3.0

Jailbreak iPad 2 dengan JailbreakMe 3.0

iPad 2 sebelum ini dikatakan tidak boleh melakukan ‘Jailbreak’ selepas pihak Apple bertungkus lumus mengubah suai sistem operasinya. Walau bagaimanapun, usaha bertungkus-lumus para penggodam dalam tempoh yang panjang akhirnya berjaya melakukan ‘Jailbreak’ terhadap iPad 2.

Sebelum ini, George Hotz berjaya melakukannya terhadap PS3 dan iPad. Kini, kerjasama antara comex, Grant Paul (chpwn), Jay Freeman (saurik), MuscleNerd dan lain-lain lagi JailbreakMe 3.0 membenarkan proses ‘Jailbreak’ di iPad 2.

Untuk memahami isu ‘Jailbreak’ sebagai mukadimah, saudara disarankan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Jailbreak iPhone, iPad atau iPod Touch (Siri 1) dan (Siri 2).

JAILBREAK IPAD 2

Jailbreak iPad 2 dengan JailbreakMe 3.0

  1. Sebelum memulakan kerja-kerja ‘Jailbreak’, pastikan bahawa iPad 2 saudara menggunakan iOS 4.3.3. Boleh rujuk di Settings, About, Version.
  2. Kemudian, sambungkan iPad 2 dengan internet sama ada menerusi Wifi atau 3G.
  3. Klik Safari dan masukkan www.jailbreakme.com di ruang alamat.
  4. Klik butang di bawah ikon Cydia untuk memulakan pemasangan Cydia.
  5. Tunggu hingga selesai. Pastikan internet tidak terputus semasa pemasangan sedang berjalan.
  6. Apabila siap, ikon Cydia akan kelihatan di antara muka iPad 2. Ini menandakan bahawa proses ‘Jailbreak’ berjaya dilakukan dengan sempurna.
  7. Belum habis lagi. Hal ini kerana beberapa pautan dan ralat API berlaku selepas ‘Jailbreak’ iPad 2. Klik Cydia dan masuk bahagian Search. Taip PDF Patcher 2 dan pasang.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, tahniah anda telah berjaya ‘Jailbreak’ iPad 2!

NOTA TAMBAHAN

Secara peribadi, penulis menyarankan JailbreakMe 3.0 hanya digunakan untuk ‘Jailbreak’ iPad 2 sahaja. iPad, iPhone 3GS, iPhone 4 dan iPod touch digalakkan menggunakan kaedah Redsnow demi menjamin kejayaan dan keberkesanan ‘Jailbreak’. Namun, tak salah pun kalau nak mencuba.

Pesanan: Sebarang kerosakan, kecelakaan, masalah dan ralat yang timbul semasa proses ‘Jailbreak’ menjadi tanggungjawab pemilik. Pihak Teknomasi tidak akan bertanggungjawab atau mengganti rugi sekiranya cara di atas tidak berkesan. Pastikan saudara tahu apa yang saudara lakukan!
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Ahad, September 11, 2011 12:37:00 PTG delete

iPad 2 sy menggunakan jailbreak ver2. Sy ingin bertny, bolehkah sy memuat turunkan aplikasi percuma di dlm AppStore?
Jika sy memuat turun di AppStore, ape kah kesan kpd jailbreak sy?

Reply
avatar