FormatFactory: Perisian menukar pelbagai format fail multimedia

FormatFactory: Perisian menukar pelbagai format fail multimedia

Kepelbagaian format fail multimedia sering menyusahkan pengguna gajet tertentu. Contohnya, iPhone hanya menyokong video yang berformat MP4. Oleh sebab itu, video yang dimuat turun daripada YouTube perlu ditukar terlebih dahulu formatnya dari FLV ke MP4. Begitulah juga situasi sama berlaku kepada telefon berjenama Nokia, ASUS, HTC, Samsung dan sebagainya. 

Kemunculan FormatFactory (FF) yang telah dibangunkan oleh Free Time pada tahun 2008 telah memberi kemudahan kepada pengguna untuk menukar pelbagai format fail multimedia. Perisian ini bukan hanya terhad kepada menukar format video malahan turut menawarkan fungsi menukar format audio, gambar, CD & DVD dan ISO. Selain itu, fungsi sambungan audio dan video yang ada melengkapkan lagi kelebihan perisian ini. Apatah lagi perisian ini boleh diperoleh secara percuma sahaja.

Perisian ini menyokong 12 jenis format video dan audio, 8 jenis format gambar dan 4 jenis format CD/DVD termasuklah ISO. 56 bahasa terjemahan turut disediakan.

Penulis berpandangan bahawa perisian ini dapat menjimatkan masa seseorang pengguna untuk menukar format fail multimedia tertentu. Sebelum ini, proses menukar format fail multimedia terpaksa mencari perisian khusus yang diasing-asingkan format failnya terlebih dahulu. Selalunya perisian berbayar.

Jadi, saudara bolehlah mencuba sendiri perisian ini. Selamat mencuba!

Sumber: FormatFactory

Previous
Next Post »