Microsoft Safety Scanner: antivirus versi mudah alih

Selepas kejayaan Microsoft Security Essentials (MSE), Microsoft beralih pula menghasilkan antivirus dalam bentuk mudah alih. Antivirus mudah alih ini dikenali sebagai Microsoft Safety Scanner (MSS).
Teknomasi difahamkan bahawa MSS dikeluarkan dalam dua versi, iaitu x32 dan x64. Pengguna tidak perlu memasang MSS terlebih dahulu sebaliknya dengan beberapa klik sahaja, operasi carian virus akan bertindak. Operasi cariannya pula dibahagikan kepada 3 mod, iaitu “quick scan”, “full scan” dan “customized scan”.
Microsoft Safety Scanner: antivirus versi mudah alih
Walau bagaimanapun, MSS bukanlah pengganti kepada perisian antivirus yang sedia ada. Kemunculan MSS untuk memudahkan imbasan dalam tempoh yang segera dan boleh disimpan di dalam pemacu USB mudah alih. Ianya juga boleh dijalankan bersama antivirus yang dipasang dalam komputer saudara serentak.
Kelebihan daripada antivirus mudah alih ini ialah penggunaannya tidak memerlukan pengesahan original Windows. Tempoh sah MSS cuma 10 hari sahaja selepas dimuat turun, penggunaan seterusnya perlulah memuat turun semula MSS serta definisi virus dan malware akan dikemaskini yang baharu.
MSS sesuai untuk semua siri Windows termasuklah XP, Vista dan 7.
Sekiranya saudara mahu menggunakan antivirus yang lebih utuh pertahanannya dan sentiasa dikemas kini, bolehlah memasang MSE.

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
acapz
AUTHOR
Ahad, November 27, 2011 8:09:00 PG delete

nice. aku akan simpn sbgai alternate nnti :D

Reply
avatar