Animoto: laman pembikinan video dalam talian

Animoto: laman pembikinan video dalam talian

Pernah buat video?

 

Kalau pernah, Corel Video Studio, Sony Vegas, Pinnacle Studio atau Adobe Premiere mungkin antara perisian yang digunakan saudara.

 

 

Bagi pembikin video amatur, penggunaan perisian mengedit video profesional memang melecehkan untuk mempelajarinya. Fungsi yang pelbagai dan tetapannya lebih rigid hanya mengusutkan dan memeningkan pengguna. Jadi, fungsi yang hebat dan rigid yang terdapat di dalam perisian mengedit video profesional tidak sesuai digunakan oleh golongan ini.

Biasanya video yang dibuat oleh pembikin video amatur fokusnya lebih tertumpu kepada video peribadi, keluarga dan acara-acara tertentu.

 

Menyedari masalah sebegini, Brad Jefferson, Jason Hsiao, Stevie Clifton dan Tom Cliffton menghasilkan laman aplikasi video yang bernama Animoto.

 

Saudara hanya perlu memuat naik foto, video klip atau muzik dan seterusnya memilih tema template yang sesuai untuk menghasilkan video. Mudah bukan?

 

Antara hasil sentuhan penulis menggunakan Animoto:

 

Make a video of your own at Animoto.

Video random dengan tema ‘Autumn’

Make your own photo slideshow at Animoto.

Video random dengan tema ‘Inkwell’

 

Walaupun pembikinan video semudah ABC, hasilnya cukup mengagumkan umpama saudara menggunakan Final Cut Pro!

 

Jika tidak, masakan Animoto telah menerima beberapa anugerah seperti Reka Bentuk dan Perkhidmatan Terbaik Webby Award, Laman Sesawang Pilihan 2008 BBC Click, 100 laman sesawang terbaik belum ditemui 2008 dan tempat kedua reka bentuk terbaik TechCrunch.

 

Namun begitu, pendaftaran akaun percuma terhad untuk membikin video selama 30 saat sahaja. Saudara boleh menikmati fungsi tambahan dan membikin video tanpa had dengan memilih pelan tertentu.

Animoto: laman pembikinan video dalam talian

Selain itu, aplikasi Animoto juga boleh dicuba menerusi iPhone dan Android secara percuma.

Animoto: laman pembikinan video dalam talian

Animoto: laman pembikinan video dalam talian

Kalau 30 saat untuk membikin video tidak cukup, boleh sambung-sambung dan edit di Windows Live Movie Maker. LOL.

Previous
Next Post »