Omnimo UI: Latar belakang komputer seperti Windows Phone 7

Omnimo UI

Mahu latar belakang komputer saudara seperti Windows Phone 7?
Semestinya ada caranya.



KEPERLUAN SPESIFIKASI:
Sebarang jenis sistem operasi Windows; XP, Vista dan 7.

CARA PEMASANGAN:

  1. Muat turun dan pasang Rainmeter dahulu.

  2. Muat turun Omnimo.preview

  3. Pasang font Segoe UI Light (Windows XP sahaja!)

  4. Mula memasang Rainstaller.
Kemas kini!

UBAH TETAPAN 
1. Ikon cuaca
ikon cuaca 
Perhatikan betul-betul. Terdapat simbol (X, spanar dan ?) di sebelah. Kalau tak nampak, pendek umurlah jawabnya. Hehehe…
Klik spanar, menu dibawah akan timbul.
setting cuaca
Klik ‘WeatherCode’ dan ubah kod kawasan saudara berdasarkan pilihan lokasi seperti ketetapan di bawah:
Kod kawasan
MYXX0001 - Batu Pahat
MYXX0002 - George Town
MYXX0003 - Ipoh
MYXX0004 - Johor Bahru
MYXX0005 - Kajang
MYXX0006 - Klang
MYXX0007 - Kuala Dungun
MYXX0008 - Kuala Lumpur
MYXX0009 - Kuala Terengganu
MYXX0010 - Kuantan
MYXX0011 - Kuching
MYXX0012 - Lundu
MYXX0013 - Melaka
MYXX0014 - Muar
MYXX0015 - Pekan
MYXX0016 - Segamat
MYXX0017 - Seremban
MYXX0018 - Serian
MYXX0019 - Sibu
MYXX0020 - Simanggang
MYXX0021 - Teluk Intan
MYXX0022 - Penang/Bayan Lepas
MYXX0023 - Kota Bharu
MYXX0024 - Sitiawan
MYXX0025 - Bintulu
MYXX0026 - Miri
MYXX0027 - Labuan
MYXX0028 - Kota Kinabalu
MYXX0029 - Taw
MYXX0029 - Tawau
MYXX0030 - Sandakan
MYXX0031 - Sepang
MYXX0032 – Langkawi
*Kalau tiada dalam senarai, pilih lokasi yang paling terdekat.
Tekan ‘Set’ dan ‘Exit’.

2. Ikon e-mel
e-mel


Sama seperti yang di atas, klik simbol spanar.

setting emel

Ubah ‘Username’ untuk nama pengguna e-mel, ‘Password’ untuk kata laluan e-mel dan ‘CheckEvery’ untuk kemas kini kemasukan e-mel 10, 30 atau 60 saat. Jangan lupa tekan ‘Set’ setiap kali selepas memasukkan data baharu dan keluar.

3. Profil Twitter dan RSS
twitter dan rss

Seperti biasa, masuk bahagian tetapan seperti di atas.
TwitterUsername: nama_saudara > set
TwitterPassword: kata_laluan > set
Masukkan ruangan RSS1 dengan pautan RSS bacaan anda. Contohnya, Malaysiakini Bahasa Melayu. Pautan RSSnya: http://www.malaysiakini.com/rss/index.php?l=my&c=news > set
RSS1title: Malaysiakini > set
*Sekadar cadangan sahaja. Boleh cuba jaya sendiri.

4. Fungsi tambahan yang lain
enter galeri
Keluar ini.
Galeri
Fungsi: Jangka hayat bateri, nota, zune, butang Start, STEAM, LIVE, fail pengguna, graf capaian keluar/masuk internet, status cakera keras dan tetapan warna latar belakang.
Pesanan TMK: Pemasangan dan pengubahsuaian agak rumit bagi pengguna baharu kerana memerlukan pengetahuan asas tentang pengaturcaraan. Kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan ralat atau kerosakan bukan tanggungjawab pihak saya. Selamat mencuba!

Previous
Next Post »

3 Komentar

Write Komentar
fahmi ibrahim
AUTHOR
Sabtu, April 03, 2010 12:15:00 PTG delete

Nampak menarik. windows 7 boleh guna tak?
kalau tutorial tu lagi panjang,lagi detail lagi menarik. Hehe.. Anyway nice post

Reply
avatar
Sabtu, April 03, 2010 12:42:00 PTG delete

Insyallah, akan diusahakan.

Apa-apa sistem operasi Windows pun boleh. Tak jadi masalah. Kalau Mac atau Linux tak pasti.

Kalau saudara Fahmi sudah biasa dengan Rainmeter pasti tiada masalah. Kalau baharu pertama kali, kurang digalakkan sebab pening kepala nak ubah ketetapan pada bahagian tertentu dengan cara tertentu.

Rainmeter - perisian untuk profesional ubah suai latar belakang komputer menjadi lebih hebat dan tidak terikat dengan cara konvensional. Lebih kepada kreativiti dan kepakaran memanipulasi arahan individu.

Reply
avatar