Walaupun hasilan produk mereka tidak sehebat jenama gergasi seperti Norton, Kaspersky dan Bidefender, sekurang-kurangnya beberapa virus, malware, adware dan spyware yang merebak di sekitar Malaysia dan Indonesia yang tidak ditangani oleh antivirus terkemuka, mampu dikesan dan dihapuskan oleh antivirus-antivirus hasilan tempatan ini.
Kelebihan yang ditawarkan oleh antivirus tempatan ialah percuma, bersifat mudah alih, mesra pengguna, mudah dikendalikan, bersaiz kecil dan tidak berlaku konflik sekiranya digunakan bersama-sama antivirus terkenal.
Walau bagaimanapun, kelemahan ketara yang didapati pada semua antivirus tempatan ini ialah lewat menyediakan kemas kini definisi antivirus masing-masing. Barangkali faktor hasilan oleh individu, kesenggangan masa, kekurangan peruntukan, sokongan dan publisiti sedikit sebanyak merencatkan keupayaan antivirus-antivirus ini menyerlah di peringkat yang lebih tinggi.
Info:
PAV telah dihasilkan oleh Nur Mohammad Kamil bin Mohammad Alta atau lebih dikenali sebagai Alternator. Ketika artikel ini ditulis, PAV sudah dimuat turun sebanyak 191,456 kali dan mendapat undian sebanyak 4.1/5 daripada 332 orang pengguna di Softpedia sejak 13 Oktober 2008.
Keperluan sistem minimum:
Kelajuan unit pemprosesan pada 500 MHz
Ram 128MB
5MB ruang cakera keras
Microsoft Windows 2000 Profesional
Keperluan sistem yang dicadangkan:
Kelajuan unit pemprosesan sekurang-kurangnya 1.5 GHz dan ke atas
Ram 512MB
10MB ruang cakera keras
Windows XP Home (32-bit)
Keperluan spesifikasi:
Visual Basic Runtime
Muat turun PAV:
versi 1.5 | versi 1.6
Info:
GVR telah dihasilkan oleh Shahrir aka ApoNie. Berdasarkan laman softpedia, GVR sudah dimuat turun sebanyak 29,689 kali dan mendapat purata 4.1/5 hasil undian 78 pengguna sejak 22 Mei 2008. Perisian ini telah dilancarkan pada 5 Ogos 2007.
Muat turun GVR:
versi 4.1 | versi 4.1 (portable) | versi 4.2
Sebenarnya ada beberapa antivirus tempatan lagi yang belum saya ketengahkan sekarang. Hal ini kerana antivirus-antivirus tersebut tidak dapat diuji oleh saya. Ada yang tidak menyokong Windows 7, bermasalah akibat dalam peringkat percubaan (beta release) dan bakal melancarkan antivirus hasilan peribadi dalam masa terdekat. Insyallah, saya akan menulisnya pada masa akan datang.
Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya usaha mereka semua ini dihargai, diberi sokongan dan dorongan serta bantuan untuk kebaikan bersama.
Sumber rujukan:
Putera.com | Softpedia
Rujukan lain:
Ahmad Yazid | JomPHP | Sembang Komputer | AMBNaC
3 Komentar
Write Komentarsok0ng la buatan malaysia
Replyuih.. masokis pun termasuk..
Replyhmmm, masokis mmg xbuat updater utk versi 1.1 & kebawah..
Versi ke-2 , insyallah..
nak tumpu pada delphi..
dan penggunaan database..
Blog : http://masokis.com/blog
Terima kasih atas kesudian melawat blog ni Masokis.
ReplyKalau Masokis V2 dah diterbitkan, jangan lupa beritahu TMK. TMK akan buat artikel khas untuk Masokis. :)
EmoticonEmoticon