Tips SEO: Membina Meta Tag yang mesra pengguna (siri 1)

Siapalah saya mahu berkongsi ilmu tentang blog kerana masih setahun jagung dalam dunia blog. Saya bukanlah insan popular seperti eiztrigger dan cyberflyx, muncet, dan ariff, apatah lagi jika mahu menyamakan diri saya dengan Khai.

Walau bagaimanapun, saya suka untuk berkongsi ilmu dengan orang lain supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya. Bak kata pantun Melayu, Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baharu belajar, kalau salah tolong jolokkan tunjukkan.


Meta tag 

Kali ini Teknomasi akan membicarakan mengenai tanda meta ataupun Meta tag. Lebih 95% pengguna menggunakan gelintar carian seperti Google dan Yahoo hanya melihat keputusan carian 20 tertinggi sahaja. Sehubungan itu, blog atau laman sesawang yang menghuni di muka surat kedua atau senarai ke-21 dan seterusnya akan terlepas untuk mendapatkan bilangan pengunjung. Oleh yang demikian, saudara perlu mengatur rencana dan strategi supaya blog atau laman sesawang saudara berada dalam kedudukan yang tinggi seboleh mungkin.


AltaVista merupakan antara laman yang berjaya menduduki senarai hasil carian tertinggi dalam beberapa tahun sahaja dengan menggunakan meta tag. Jika saudara mahu blog atau laman sesawang saudara berada dalam senarai di Google atau Yahoo, saudara mesti menggunakan meta tag.

------------------------------------------------------------

Kalau saudara buka bahagian html di tetapan blog (untuk blogspot, sekadar contoh), saudara akan menemui kod di bawah ini selepas <head>, betul tak?

Cuba klik Ctrl+F dan masukkan <head>.

<head>
<title>Teknomasi</title>
<meta name="description" content="Perihal Komputer, Internet, Gajet dan Multimedia dalam bahasa Melayu" />
<meta name="keywords" content="komputer, internet, gajet, multimedia" />
<meta name="rating" content="general" />
<meta name="copyright" content="2010, Teknomasi " />
<meta name="revisit-after" content="31 Days" />
<meta name="expires" content="never">
<meta name="distribution" content="global" />
<meta name="robots" content="index" />
</head>

Sekiranya tiada dalam senarai html, saudara boleh menyalin semula kod di atas ini dan mengubah tulisan berwarna merah dengan maklumat blog atau laman saudara.

Untuk keterangan lebih lanjut, teruskan bacaan saudara di bawah:

Tajuk (Title Tag)
Tajuk blog yang disarankan mesti dalam lingkungan 60 aksara atau kurang. Hal ini sangat penting untuk pencarian kata kunci di gelintar pencarian seperti Google dan Yahoo. Sekiranya Title Tag yang digunakan melebihi 60 aksara, eloklah dipendekkan kerana terdapat beberapa gelinta pencarian yang menetapkan had maksimum bagi tajuk sebanyak 60 aksara sahaja.


Penerangan (Meta Description Tag)
Penerangan sesebuah blog atau laman sesawang mestilah dalam lingkungan 150 aksara atau kurang. Hal ini dapat membantu meningkatkan kedudukan blog dalam gelintar pencarian. Tidak semua gelintar pencarian dapat menunjukkan Meta Description Tag setiap masa. Walau bagaimanapun, Google kebiasaannya mempamerkan Meta Description Tag dalam senarai hasil carian.


Kata kunci (Meta Keywords Tag)
Meta Keywords Tag digunakan untuk menyenaraikan beberapa kata kunci yang terdapat dalam artikel. Bilangan aksara yang dibenarkan ialah 874 aksara atau kurang. Ketetapan sebanyak 874 aksara tidak bermakna saudara mesti meletakkan cukup-cukup 874 aksara. Dikhuatiri berlakunya penepuan kata kunci secara tidak langsung. Harus diingat bahawa kata kunci tidak boleh mengulang-ulang perkataan yang sama melebihi 5 kali. Walaupun Meta Keywords Tag kurang penting dan jarang ditemui di gelintar carian, namun begitu ianya tetap dapat membantu meningkatkan kedudukan apabila kata kunci dibina dengan baik.
Previous
Next Post »