Cipta lakaran kenit dengan Media Player Classic

Pernahkah saudara melihat gambar yang terdapat di bawah ini?

Filem Le Grand Chef 2

Cipta lakaran kenit dengan Media Player Classic

Siri Televisyen Chuck

Cipta lakaran kenit dengan Media Player Classic

Dokumentari National Geographic: Fight Master – Silat

Cipta lakaran kenit dengan Media Player Classic

Blog dan forum yang menyediakan muat turun drama atau filem biasanya menggunakan lakaran kenit (thumbnail) untuk memaparkan beberapa plot cerita sebagai ransangan kepada pembaca. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu pembaca membuat pilihan untuk memuat turun berdasarkan kualiti imej video dan gambar jalan ceritanya.

 

Kadangkala pembaca berasa kecewa setelah membuang masa dan lebar jalur (bandwidth) memuat turun video namun gambarnya tidak menepati citarasa. Jadi, lakaran kenit dapat meningkatkan lagi keyakinan orang lain memuat turun video yang disediakan.

 

Jadi, Teknomasi akan membantu saudara mencipta lakaran kenit untuk mempromosikan video yang ingin dikongsi dengan orang lain.

 

LANGKAH MENCIPTA

  1. Muat turun dan pasang Media Player Classic sekiranya saudara tidak menggunakannya.
  2. Buka mana-mana video yang diingini.
  3. Klik View > Options… > Playback > Output
  4. Ubah DirectShow Video kepada VMR9 (renderless) dan tekan OK.
  5. Klik File > Save Thumbnails…Cipta lakaran kenit dengan Media Player Classic
  6. Tentukan bilangan thumbnails pada lajur dan baris (biasanya 4x4) serta kelebaran imej.
  7. Tekan save.

 

Selamat mencuba.

Previous
Next Post »