
Pemilik blog semakin bertambah hari demi hari. Ada yang menghasilkan blog untuk tujuan rakaman catatan peribadi, perkongsian pengalaman, perniagaan, tutorial, kritikan isu-isu semasa dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Banyak perkhidmatan blog secara percuma yang telah ditawarkan hari ini seperti Blogger, Wordpress, Yahoo! 360, Type.Pad, Movable.Type, Posterous, Vox.com, Live.Journal dan lain-lain lagi.
Sebagai pengguna baharu, mungkin sedang berkira-kira untuk membuat pilihan sama ada mahu menggunakan perkhidmatan apa? Di sini, Teknomasi telah membuat banding beza antara perkhidmatan blog popular, iaitu Blogger dan Wordpress.
Ciri-ciri | Blogger | Wordpress |
Tema dan pengubahsuaian | Boleh ubah suai susun atur templat, gaya, warna atau pasang tema pihak ketiga. | Tiada fungsi ubah suai templat. Terdapat lebih 90 tema yang disediakan. |
Statistik pengunjung | Memerlukan skrip pihak ketiga seperti Histats, Sitemeter atau Webstat. | Skrip tidak dibenarkan. Papan pemuka akan menunjukkan statistik harian, mingguan dan bulanan. |
Import blog | Hanya blog daripada Blogspot sahaja. | Blogger, Yahoo! 360, Type.Pad, Movable.Type, Posterous, Vox.com, Live.Journal dan Wordpress. |
Ruang penyimpanan imej | 1GB. Ruangan lebih boleh berdaftar dengan Picasa Web Album. | 3GB. Ruangan tambahan adalah berbayar. Boleh juga muat naik fail akhiran .ppt, .doc, .odt dan .pdf. |
Galeri | Picasa Web Album. | Tambah tanda pada gambar pada mana-mana pos atau laman. |
Laman statik | Boleh cipta hingga 10 laman. | Cipta pos atau laman, akan tersenarai pada menu. |
Kategori | ‘Label’ | ‘Kategori’ |
Pilihan ringkasan | Bergantung kepada ringkasan paparan yang diingini | Bergantung kepada tema atau tanda “more” |
Pos dengan e-mel | Boleh menghantar pos terkini dengan e-mel. Saudara juga boleh menerima pos terkini menerusi e-mel (sangat membantu blog yang diurus secara berpasukan) | Boleh menghantar pos terkini dengan e-mel, beserta gambar dikepilkan bersama. |
Pasukan blog | Pentadbir dan bukan pentadbir. | Pentadbir, Editor, Pengarang dan Penerbit. |
Komen | Tiada fungsi mengubahsuai komen. | Perlindungan spam Akismet. |
Privasi blog | Boleh menghadkan akses kepada pemegang akaun Google jemputan sahaja. | Pos individu boleh diletakkan perlindungan kata kunci atau persendirian. |
Pengiklanan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan |
Untuk perhatian, ini adalah banding beza perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma, bukan yang mempunyai domain berbayar. Harap maklum.
Selamat mencuba!
EmoticonEmoticon