
Sehubungan dengan itu, ReclaimPrivacy.org telah menyediakan perkhidmatan mengimbas kandungan peribadi di Facebook yang terdedah kepada umum secara percuma.
Proses imbasan meliputi maklumat peribadi, rakan, rangkaian, penanda, perhubungan, kemas kini status peribadi, gambar dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Ianya mampu mengesan sebarang aplikasi yang boleh membocorkan maklumat peribadi, menghalang orang lain mengakses maklumat menerusi rakan sendiri atau perkongsian gambar yang bersifat peribadi.
Hasil daripada imbasan, keputusan akan keluar dengan nilai Good (selamat), Caution (berwaspada) dan Insecure (tidak selamat). Selain itu, cadangan yang dikemukakan perlu ditetapkan sendiri secara manual oleh pengguna sama ada mahu mengubahnya ataupun tidak.

Cara menggunakannya
1. Klik ReclaimPrivacy.org
2. Tarik tab ke ruang medan kerja sebagai ‘bookmark’ atau klik Bookmarks > Bookmark this page

3. Buka akaun Facebook saudara dan klik Scan for Privacy yang telah ditanda tadi
4. Keputusan akan dipaparkan, ubah tetapan secara manual berdasarkan arahan.
Sumber: Lifehacker | Wired | Forbes | VentureBeat | PCWorld | The Wall Street Jurnal Blog
1 Komentar:
Write Komentarthanks for the good info..
Replywww.shamonaz.blogspot.com
EmoticonEmoticon