Khuatir maklumat peribadi di Facebook terdedah?

Penggunaan laman sosial Facebook semakin meluas kini. Kecuaian ketika menggunakannya boleh mengakibatkan pihak-pihak yang berkepentingan dapat memanipulasikan maklumat peribadi yang terkandung di dalam Facebook seperti alamat e-mel, nombor telefon, identiti dalam perbualan maya menerusi Skype dan Yahoo! Mesengger, alamat rumah, tempat berkerja dan sebagainya.

rp
Sehubungan dengan itu, ReclaimPrivacy.org telah menyediakan perkhidmatan mengimbas kandungan peribadi di Facebook yang terdedah kepada umum secara percuma.

Proses imbasan meliputi maklumat peribadi, rakan, rangkaian, penanda, perhubungan, kemas kini status peribadi, gambar dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Ianya mampu mengesan sebarang aplikasi yang boleh membocorkan maklumat peribadi, menghalang orang lain mengakses maklumat menerusi rakan sendiri atau perkongsian gambar yang bersifat peribadi.

Hasil daripada imbasan, keputusan akan keluar dengan nilai Good (selamat), Caution (berwaspada) dan Insecure (tidak selamat). Selain itu, cadangan yang dikemukakan perlu ditetapkan sendiri secara manual oleh pengguna sama ada mahu mengubahnya ataupun tidak.

psfb


Cara menggunakannya

1. Klik ReclaimPrivacy.org

2. Tarik tab ke ruang medan kerja sebagai ‘bookmark’ atau klik Bookmarks > Bookmark this page

123


3. Buka akaun Facebook saudara dan klik Scan for Privacy yang telah ditanda tadi

4. Keputusan akan dipaparkan, ubah tetapan secara manual berdasarkan arahan.


Sumber: Lifehacker | Wired | Forbes | VentureBeat | PCWorld | The Wall Street Jurnal Blog
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
shazmonaz
AUTHOR
Sabtu, Disember 18, 2010 11:35:00 PG delete

thanks for the good info..

www.shamonaz.blogspot.com

Reply
avatar