Ubah tetapan blog supaya mesra telefon bimbit

Ubah tetapan blog supaya mesra telefon bimbit Penggunaan telefon bimbit di seluruh dunia hari ini tidak lagi terhad kepada ahli perniagaan semata-mata. Rakyat marhaen, pekerja buruh, kerani, guru, bangsawan, baik pelajar sekolah turut memilikinya sekurang-kurangnya seorang seunit. Akhir tahun 2009, dianggarkan lebih kurang 4.6 bilion buah telefon bimbit terjual di pasaran dengan pelbagai pilihan jenama, model, harga, fungsi dan aksesori.

Sebagaimana yang kita sedia ketahui, ramai pengguna memilih telefon bimbit yang mampu akses internet sejak akhir-akhir ini. Evolusi kelajuan internet daripada GPRS kepada 3G, 4G dan Wi-Fi menjadi faktor tarikan pengguna untuk memilikinya. Selain mengakses internet dengan telefon bimbit untuk tujuan membaca e-mel, menyemak Twitter dan kemas kini status di Facebook, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan membaca blog pilihan.

Malangnya, kebanyakan pemilik blog tidak sedar bahawa terdapat pembaca yang terdiri daripada golongan profesional yang sentiasa sibuk dengan kerja mengambil peluang membaca blog saudara sewaktu rehat makan dengan menggunakan telefon bimbit.

Teknomasi juga baru sedar apabila membuat semakan di Google Analytics baru-baru ini terdapat 2 orang pembaca yang menggunakan Opera Mini sebagai pelayar internet. Masakan pula pengguna komputer yang menggunakan Opera Mini? 

Ubah tetapan blog supaya mesra telefon bimbit

Sesungguhnya, blog normal akan mengambil masa yang banyak untuk menanggung beban muatan blog, kesesuaian saiz blog dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Hal ini akan menyebabkan minat pembaca untuk membaca blog saudara terbantut akibat menanggung azab seksa menunggu lama.

Menurut Alisa Zykova, melayari internet menerusi telefon bimbit bakal mengambil alih cara konvensional menjelang tahun 2015.

Oleh yang demikian, Teknomasi akan membantu saudara untuk menghasilkan blog yang mesra telefon bimbit dalam artikel ini.    

 Ubah tetapan blog supaya mesra telefon bimbit

Cara mengubah tetapan blog kepada blog mesra telefon bimbit:

1. Daftar akaun Blogger > Klik Reka bentuk > Edit HTML

2. Tekan Ctrl+F dan masukkan kod di bawah:

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

3. Tekan ENTER

4. Setelah menemui kod tersebut, salin dan tampal kod di bawahnya:

<meta content='IE=EmulateIE7' http-equiv='X-UA-Compatible'/>
<b:if cond='data:blog.isMobile'>
<meta content='width=device-width, initial-scale=1.0, user-scalable=0' name='viewport'/>
<b:else/>
<meta content='width=1100' name='viewport'/>
</b:if>

5. Klik pratonton terlebih dahulu. Sekiranya tiada sebarang ralat, tekan Simpan Templat.

Selamat mencuba!

p/s: Apa-apa pun Teknomasi belum mencuba lagi keberkesanannya di telefon bimbit sebab menggunakan telefon murah. Jadi, maklum balas daripada saudara harap dapat membantu.

Sumber: Blogger Tricks

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Isnin, Mac 14, 2011 8:45:00 PTG delete

banyak info menarik tentang apple.saya akan selalu masauk ke sini baca,nanti buat review dan segala tentang ipad2 k kalau dh beli.LOL.

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Selasa, Mac 15, 2011 7:59:00 PTG delete

Terima kasih. Mungkin saya tak beli iPad 2 melainkan ada yang sudi meminjamkan atau menghadiahkan saya...hehehe...

Reply
avatar