Cipta PDF atau XPS dengan Microsoft Word 2010

Cipta PDF dengan Microsoft Word 2010 Microsoft Word 2010 menawarkan pelbagai fungsi baharu untuk memudahkan pengguna menggunakannya. Satu daripadanya ialah keupayaan untuk mencipta dokumen berformatkan PDF (Portable Document Format) atau XPS (XML Paper Specification).

 

Perbezaan antara PDF dan XPS

Format PDF dibangunkan oleh Adobe Systems manakala XPS oleh Microsoft. Jenis bahasa yang digunakan juga berbeza dengan PDF berasaskan PostScript manakala XPS berasaskan Markup Language (XML). Untuk keterangan lanjut, boleh membaca di Wikipedia.

 

Kelebihan dokumen berformat PDF/XPS

  1. Dokumen kelihatan sama apabila dibaca di semua komputer
  2. Jenis tulisan, format dan imej akan dilindungi
  3. Isi kandungan tidak boleh berubah
  4. Mudah dibaca di Internet

 

Cara menggunakannya

Klik File > Save & Send > Create PDF/XPS Document > Create PDF/XPS

Cipta PDF atau XPS dengan Microsoft Word 2010

 

Aplikasi yang dapat membaca format PDF dan XPS

  1. PDF: Adobe Reader dan Foxit Reader
  2. XPS: XPS Viewer
Previous
Next Post »