Jalur Lebar di Malaysia: Satu Pengamatan

Jalur lebar di Malaysia: satu pengamatan Kini terdapat kira-kira 6 pembekal jalur lebar utama di Malaysia, iaitu Maxis, Celcom, P1 Packet, Digi, U-Mobile dan iZZi.

 

Setiap pembekal menawarkan pelbagai pakej, pelan dan harga yang berbeza. Strategi demi strategi dirangka bagi memastikan mereka menjuarai persaingan dan seterusnya dapat menarik minat pelanggan supaya mendaftar dengan produk mereka.

 

Dalam pada itu, pengguna perlu bijak memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pembekal jalur lebar. Bukan semua iklan yang dipaparkan di media massa ‘indah-indah’ belaka. Adakala perkhidmatan yang ditawarkan umpama indah khabar daripada rupa. Akhirnya pengguna yang menjadi mangsa, tertipu dek propaganda iklan yang disiarkan.

 

Oleh itu, pengguna perlu membuat pembelian yang bijak supaya tidak menyesal di kemudian hari. Saudara boleh membuat rujukan di Internet atau berbincang dengan teman-teman yang pernah menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Sedikit sebanyak saudara mempunyai pengetahuan asas tentang pasaran jalur lebar di Malaysia.

 

 

PILIHAN

Jalur lebar di Malaysia: satu pengamatan

Sumber: Amanz

 

Berdasarkan carta pai di atas, 70 peratus rakyat Malaysia menggunakan Jalur Lebar Celcom untuk mengakses internet. Peratusan sebegini tinggi menunjukkan bahawa Celcom berjaya memonopoli pasaran jalur lebar di Malaysia.

 

Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi jualan Celcom ialah bayaran harga bulanan yang berpatutan, liputan rangkaian 3G yang meluas, bersifat mudah alih, pelbagai pakej dan pelan yang diperkenalkan dalam promosi seperti pelan pelajar pada harga RM50 sehingga 25 tahun dan sebagainya.

 

HARGA TERKINI

Sekarang, mari kita perhatikan kadar harga yang ditawarkan oleh setiap pembekal jalur lebar di Malaysia.

 

Berikut merupakan jenis pelan dan kadar harga jalur lebar yang ditawarkan oleh 4 pembekal utama:

Jalur lebar di Malaysia: satu pengamatan

Harga Celcom Broadband

Jalur lebar di Malaysia: satu pengamatan

Harga DiGi Internet

Jalur lebar di Malaysia: satu pengamatan

Harga Maxis Broadband

 

Jalur lebar di Malaysia: satu pengamatan

Harga P1 Wimax

 

Harga baharu yang ditawarkan kepada pelanggan khususnya Celcom memang mengejutkan penulis. Jika sebelum ini harga RM68/sebulan untuk kuota lebar jalur 5GB dengan kelajuan 512Kbps. Kini dengan bayaran RM68/sebulan saudara hanya memperolehi kuota lebar jalur sebanyak 3GB sahaja.

 

Penulis mendapati bahawa kadar harga dan pelan yang ditawarkan oleh Maxis, Celcom dan DiGi adalah sama. Cuma P1 Wimax sahaja yang lebih menguntungkan pengguna.

 

Kemusykilan dan persoalan mula terbit di fikiran penulis mengapa Celcom menaikkan harga setelah mendapat sokongan dan kepercayaan pengguna? Sepatutnya Celcom perlu menawarkan pada harga yang lebih rendah untuk terus menyaingi kelajuan P1 WiMax.

 

Cuba perhatikan kadar harga yang ditawarkan di negara-negara maju untuk sebulan (gambar di bawah).

 

Jalur lebar di Malaysia: satu pengamatan

 

Bil. Negara Harga Kelajuan
1.

Jepun

$0.27 61Mbps
2.

Korea

$0.45 46Mbps
3.

Amerika Syarikat

$3.33 4.8Mbps
4.

Portugal

$11.00 8Mbps

 

Malaysia masih lagi menawarkan harga yang mahal, iaitu kira-kira $30 untuk kelajuan 1.2Mbps. Mungkin ada beranggapan bahawa negara kita belum maju lagi, sebab itulah lebih mahal. Kalau dibandingkan pendapatan per kapita negara-negara maju dengan negara kita, boleh sahaja pembekal sana mengenakan harga yang lebih mahal demi mengaut keuntungan. Namun, harga jalur lebar yang murah dapat menggalakkan penyertaan rakyat memajukan negara dengan menggunakan Internet sebagai mediumnya.  

 

Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga langsung tidak kompetitf di mata pengguna. Akhirnya syarikat pembekal juga yang terpaksa menanggung rugi dan menurunkan harga.

      

 

POLISI & KUOTA

Alasan polisi kewajaran penggunaan (fair usage policy) yang digunakan oleh setiap pembekal memang tidak masuk akal. Pelanggan sudah melanggan dan membayar atas perkhidmatan yang disediakan.

 

Persoalannya, mengapa perlu ada limitasi atau had penggunaan dalam tempoh sebulan?

1GB? 3GB? 5GB? Hal ini hanya menyusahkan pengguna untuk melayari Internet tanpa sebarang masalah. Memang menyusahkan apabila penggunaan lebar jalur mencecah had kuota yang telah ditetapkan. Kelajuan akses internet diperlahankan kerana melebihi polisi kewajaran penggunaan.

 

Penulis jamin 5 hari sudah cukup untuk menghabiskan lebar jalur untuk menonton video di Youtube dan memuat turun lagu dan filem. Apatah lagi kebanyakan laman sesawang atau blog hari ini menggunakan flash atau paparan iklan yang ‘berat’. Secara tidak langsung, lebar jalur hanya dibazirkan untuk menanggung flash dan iklan sahaja.

 

LIPUTAN RANGKAIAN

Walaupun kerajaan berinisiatif dengan pelbagai rancangan dan dasar yang dikemukakan. Pengguna masih perlu menilai sebaik-baiknya liputan rangkaian jalur lebar setiap pembekal.

 

Mengapa?

 

Hal ini kerana bukan semua pembekal perkhidmatan jalur lebar sesuai untuk setiap tempat. Di Bangsar, P1 Wimax boleh digunakan dengan pantas sedangkan di Parit Buntar tiada liputan langsung. Begitu juga yang lain, contohnya Celcom Broadband mungkin liputannya bagus di Petaling Jaya namun belum tentu baik di Port Dickson. Pengguna perlu mengenal pasti jalur lebar terbaik di kawasan tersebut dengan bertanyakan sendiri penduduk di situ.

 

Syarikat pembekal tidak akan memberi jaminan bahawa saudara akan memperolehi liputan 3G setiap kali masuk ke Internet. Ianya lebih bergantung kepada nasib dan lokasi. Jika ya, saudara akan berpuas hati dan berasa sukacita. Jika sebaliknya, sumpah seranah dan kecewa meniti di bibir saudara.

 

Liputan terbaik dan terpantas bermula dengan WiMax (4G), diikuti HSPDA (3G+, 3.5G), UMTS (3G), EDGE (E-GPRS, 2.75G) dan GPRS (2G, 2.5G).

 

KELAJUAN CAPAIAN

Di iklan tertulis sekian, sekian, sekian lajunya untuk sesuatu pakej yang diambil. Namun, saudara jangan terlalu berharap semua yang dijanjikan menjadi realiti.

 

Perkataan ‘speed up to ___’ sahaja telah menjelaskan secara semantik bahawa kelajuan maksimum kami (pembekal perkhidmatan) ialah ___. Andai kata kelajuan semasa saudara sedang melayari Internet di bawah kelajuan yang dijanjikan maknanya itu bukan salah kami.

Hanya insan-insan atau waktu-waktu terpilih sahaja pengguna mungkin dapat menikmati kelajuan maksimum yang dijanjikan kami. Lol.

 

KESIMPULAN

  1. Harga pakej dan pelan jalur lebar di Malaysia masih lagi mahal.
  2. Sekatan jalur lebar yang melebihi kuota polisi kewajaran penggunaan hanya menyusahkan pengguna. Jika mahu diwujudkan polisi tersebut, biarlah lebih besar saiznya relevan dengan kegunaan semasa. Masakan pengguna melanggan dengan harga yang mahal untuk 1GB semata-mata untuk melayari blog dan menghantar e-mel? Gila!
  3. Penulis mengharapkan liputan rangkaian P1 WiMax meluas ke seluruh negara supaya pengguna dapat menikmatinya.
  4. Sesiapa yang bercadang untuk membatalkan pelan pelajar Celcom yang bernilai RM50/sebulan lebih baik berfikir semula. Harga sekarang lebih mahal.

 

Ada lagi? Nyatakan di ruangan komentar.

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
ieza beledza
AUTHOR
Sabtu, Mac 17, 2012 3:48:00 PTG delete

saya berharap sgt P1 WiMax akan meluaskan perkhidmatan nya... saya sgt sedih, bila balik kg, hanya celcom je ade line.. so internet x boleh guna coz line P1 x de.. rs nk potong je P1 tp sayang la pulak..

Reply
avatar
ikbalhaebat
AUTHOR
Sabtu, Mac 17, 2012 7:41:00 PTG delete

jike anda pgguna maxis atau celcom,anda boleh unlimitedkan kuota bulanan bband anda dgn vpn .. sms 0145155037-ikbal jika berminat

Reply
avatar