Tarik minat pembaca blog dengan Linkinwithin

11-2-2010 7-33-37 AM

Kisah atau artikel yang lama dalam blog mungkin tidak dibaca oleh pengunjung. Oleh itu, Linkinwithin telah memperkenalkan fungsi menghubung kait sesuatu cerita atau artikel blog dalam setiap pos.

 

KELEBIHAN

  1. Kisah atau artikel yang lepas dipaparkan dalam bentuk gambar.
  2. Percuma.
  3. Mudah untuk dipasang.
  4. Reka bentuk yang elegan.
  5. Dapat mengekalkan pembaca untuk terus membaca blog.
  6. Dapat meningkatkan paparan laman (pageview).
  7. Menyokong pelbagai platform seperti Blogger, Wordpress, TypePad dan lain-lain lagi.

 

CARA PEMASANGAN

11-2-2010 7-41-18 AM

  1. Masukkan e-mel saudara.
  2. Kemudian, masukkan alamat blog.
  3. Platform blog yang digunakan.
  4. Pilihan bilangan pautan berkaitan yang ingin dipaparkan (maksimum 5).
  5. Sesudah siap, klik Get Widget!

 

Lihatlah hasilnya. Mudah bukan?

Previous
Next Post »