Contest Review Blog Dauspozi.com

Contest Review Blog Dauspozi.com

Kesenggangan masa selepas usai menyiapkan tugasan, Teknomasi menyahut cabaran untuk membuat ulasan blog Dauspozi. Ini merupakan percubaan pertama penulis membuat ulasan blog. Harap Dauspozi tidak ambil hati ye...

 

Pengenalan

Penulis mula mengenali blog Dauspozi sejak terklik @dauspozi di Twitter beberapa bulan yang lalu. Jadi, sekali-sekala datang membaca tulisan Dauspozi.

 

Tema 

Penulis difahamkan bahawa warna hijau merupakan warna kegemaran Dauspozi. Oleh yang demikian, hijau diabadikan sebagai warna tema blognya. Penulis tiada masalah pilihan warna tersebut, cuma apabila seluruh blog warna hijau membuatkan mata penulis menjadi ‘terang-benderang’. Elok kiranya Dauspozi hitamkan latar belakang untuk menimbulkan kontra dan lebih ‘sejuk mata memandang’.

Contest Review Blog Dauspozi.com

Komentar yang dikirim oleh seorang daripada peminatnya ini memang berasas. Menurut Colourlovers.com, warna hijau kurang menjadi pilihan warna tema untuk laman popular hasil tinjauan daripada 100 laman popular di dunia.

Contest Review Blog Dauspozi.com

Bukan cakap kosong. Warna biru dan merah menjadi pilihan warna tema untuk laman popular.

 

Satu lagi alasan untuk mengukuhkan hujah penulis ialah gambar di bawah: Contest Review Blog Dauspozi.com

Jeng, jeng, jeng. Blog Dauspozi bertukar jadi kuning.

 

Mengapa blog Dauspozi boleh bertukar menjadi warna kuning?

 

Inilah jawapannya:

 

Dalam satu temu ramah bersama Mark Zuckerberg, pengasas Facebook tentang mengapa warna Facebook biru? Bukan hitam, merah atau hijau?

 

Jawabnya, “Saya mempunyai masalah buta warna. Hanya biru sahaja yang boleh saya nampak.”

 

Jadi, gambar Blog Dauspozi di atas merupakan pandangan dari seseorang yang mempunyai masalah buta warna. Boleh mencuba di sini.

 

Walau bagaimanapun, bukanlah bermakna penulis mahu memaksa Dauspozi menukar warna tema kepada biru dan terus jadi Ingat Biru Ingat Daus. Hahaha. Sekadar pandangan sahaja untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Terpulang kepada empunya diri untuk menentukannya.

 

Pengisian

Artikel yang dikemas kini lebih tertumpu kepada populariti yang bersifat santai, berinformasi dan penuh menghiburkan. Selain itu, terdapat juga tutorial dan tips blog yang yang boleh dipelajari oleh pembaca.

 

Cadangan tambahan, mungkin Dauspozi boleh menambah kisah peribadi dan keluarganya. Anak sulong kepada 10 orang adik beradik mesti banyak kisah ketika mengepalai adik-adik yang nakal. Cerita-cerita semasa belajar di sekolah juga menarik untuk dikongsikan bersama pembaca.

 

Komentar

Ketika artikel ini ditulis, terdapat 1073 orang telah menjadi geng blog hijau. Apalah salahnya Dauspozi letakkan ruang untuk pemberi komen terbanyak dan komen terkini. Secara tidak langsung, Dauspozi dan pembaca akan dapat manfaat daripada pautan yang dipaparkan. Alah, situasi ‘menang-menang’. Kesian pembaca memberi komentar di blog Dauspozi.

 

NavBar Contest Review Blog Dauspozi.com

NavBar yang digunakan di Blog Dauspozi langsung tak mesra pengguna. Agak susah juga pembaca nak tengok tulisan yang lepas-lepas. Kalau dapat tukar yang bernombor lagi cantik.

 

Alexa

Blog Dauspozi mempunyai lebih baik daripada Teknomasi. Tahniah! Satu kejayaan walaupun baru di usia 16 tahun. Punya potensi besar untuk berjaya dalam dunia blog. Hakikatnya, penulis memang agak malas untuk menaip artikel-artikel baharu di Teknomasi, juga memberi komentar di blog orang. Lebih suka menjadi pembaca senyap. Teruskan usaha Dauspozi.

 

Suapan RSS

Rasanya penulis tidak menemui kemudahan melanggan suapan dengan RSS. Tambah butang RSS untuk memberikan keselesaan pembaca. Lain pembaca, lain minatnya.

 

Mesra di telefon bimbit

Sekarang keluaran telefon bimbit sudah ada fungsi wifi. Teknomasi cadangkan tutorial jadikan blog mesra telefon bimbit di sini dan sini.

Untuk makluman, pertandingan ini ditaja oleh Ihosterz | Yanmie | Mantra | Che Noorazma | Noridah | Fareed Sairi | Yiedpozi

Previous
Next Post »