Simpan nombor penting dalam kad sim

Simpan nombor penting dalam kad sim Satu kejadian di luar jangka telah berlaku kepada penulis. Nokia 5800XM yang baru diguna telah digilis dengan tayar lori. Memang salah sendiri akibat cuai sehingga Nokia 5800XM boleh meluncur keluar dari poket beg semasa menunggang motorsikal. Tekanan seketika untuk bulan ini. T_T

 

Semasa melihat Nokia 5800XM dilanggar sebuah lori tanah, detik hati mengatakan bahawa tiada langsung peluang untuk diselamatkan. Mujur hanya skrin dan bekas (casing) sahaja yang rosak. Sewaktu subuh, bunyi loceng yang dikunci masih lagi berbunyi. Kamera dan bateri juga masih elok.  Petanda baik Nokia 5800XM untuk diperbaiki semula nanti. Itu pun terpaksa menanti hingga tahun depan setelah dibayar elaun. T_T

 

Kesimpulan daripada kejadian tersebut penulis berpendapat bahawa sangat utuh binaan Nokia 5800XM walaupun setelah digilis sebuah lori dan beberapa buah kereta. Itu cerita awal bulan ini, tetapi baru sekarang diceritakan kepada semua.

 

Walau bagaimanapun, bukan itu tujuan penulis menghasilkan artikel ini. Tetapi apakah persiapan saudara untuk menghadapi situasi yang diluar jangka seperti ini?

 

Malang berganda akibat penulis terlupa untuk menyimpan beberapa nombor penting di dalam kad sim. Sesiapa pun tidak boleh berhubung dengan ketika itu kerana semua nombor telefon disimpan ke dalam storan Nokia 5800XM. Biasanya penulis memang simpan, entah bagaimana sim yang diganti baharu terlupa untuk berbuat demikian.

 

Kepada pembaca, simpanlah beberapa nombor-nombor penting di dalam sim (bukan storan telefon) supaya ketika berlakunya situasi di luar jangka tidak akan menyukarkan kita. Siapa tahu berlaku sesuatu kemalangan, orang yang menolong tidak dapat menghubungi keluarga kita untuk memaklumkan kejadian dan keadaan kita.

 

Antara nombor-nombor telefon yang terpenting untuk disimpan dalam kad sim ialah:

  • Ibu bapa/penjaga
  • Adik-beradik
  • Pasangan hidup
  • Bapa dan emak saudara terdekat

 

Kepada yang belum lagi berbuat demikian, dipersilakan. Tips berguna apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan.

Previous
Next Post »