Foursquare: laman sosial berasaskan lokasi

Bosan asyik melayan dengan Facebook atau Twitter sahaja setiap hari? Kini, penulis ada satu laman sosial yang akan dikongsikan bersama pembaca Teknomasi.

552px-Foursquare_logo.svg

Foursquare merupakan perkhidmatan laman sosial yang baru sahaja dihasilkan oleh Dennis Crowley dan Naveen Selvadurai pada tahun 2009. Sama seperti Google Latitude, Foursquare membenarkan pengguna menggunakan telefon bimbit untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Pengguna cuma perlu memiliki telefon bimbit yang mempunyai fungsi GPS seperti telefon pintar untuk menjalankan aplikasi ini.

Cara menggunakannya, pengguna hanya perlu ‘daftar masuk’ ke sesuatu kawasan yang berdekatan dengan dirinya. Setiap ‘daftar masuk’ yang dilakukan akan diberi ganjaran dalam bentuk mata atau lencana. Jadi, lokasi tersebut akan ditandai kehadiran saudara di situ, contohnya KL Sentral.

 

Gelaran Mayor

Kekerapan ‘daftar masuk’ yang dibuat di tempat yang sama, saudara akan diiktiraf sebagai “Mayor”. Hal ini bermakna saudara merupakan ‘datuk bandar’ di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat ‘daftar masuk’ pengguna lain yang lebih tinggi daripada saudara di kawasan yang sama akan menyebabkan saudara disingkirkan daripada gelaran ‘datuk bandar’. 

mayor

 

Lencana

Kalau lencana Pengakap seperti pekerja am, penghibur dan ahli renang diberi atas kapasiti bakat dan minat, lencana Fousquare akan diberikan apabila daftar masuk dibuat di pelbagai kawasan. Penulis difahamkan bahawa di kawasan bandar-bandar tertentu, terdapat siri lencana yang istimewa dan tersendiri berbeza dengan lencana-lencana yang biasa. Maknanya, semakin luas penjelajahan saudara ke tempat-tempat yang berbeza, peluang untuk mendapatkan lencana semakin cerah. Sekali lencana diperolehi terus kekal pada profil pemilik tersebut.

Berhubung soal bagaimanakah cara untuk mendapatkan lencana-lencana tersebut tidak diberitahu kepada pengguna. Kerajinan saudara menjelajah atau melancong ke pelbagai tempat akan memudahkan peluang untuk mengumpul lencana sebanyak yang mungkin.

lencana

 

Menyokong semua jenis telefon bimbit

3-29-2011 1-22-42 AM 

iPhone - http://goo.gl/6cGv7

Android - http://goo.gl/6uJNg

Blackberry - http://goo.gl/8blMf

oviNokia - http://goo.gl/02s12

palm - http://goo.gl/4Xln3

Windows phone - http://goo.gl/V1c4J

 

 

 

 

 

 

Infografik Foursquare 2010

foursquare_2010 

Ulasan

Penulis menjalankan aplikasi Foursquare menerusi Gravity dengan Nokia 5800XM. Penggunaan Gravity lebih berkesan untuk telefon bimbit Nokia kerana status Facebook, Twitter dan Google Reader boleh dikemaskini pada bila-bila masa. Jadi, tak perlu buka dan tutup aplikasi untuk menggunakan laman sosial yang lain.

Tak kira apa pun aplikasi yang digunakan, yang penting sesuai dengan jiwa saudara.

3-29-2011 1-25-32 AM

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa masukkan penulis sebagai rakan Foursquare saudara di sini:

http://foursquare.com/msbmna

 

Rujukan lain:

ThruFinalcross - http://goo.gl/10nwz

Luthtextile - http://goo.gl/u24Sd

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Finalcross
AUTHOR
Selasa, Mac 29, 2011 1:35:00 PTG delete

hoho...bersama-sama kita menjelajah & meneroka banyak tempat dengan menjadi 'mayor' secara sihat di foursquare. yoshhh.

P/S: Tq saudara untuk link tambahan di hujung entri

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Khamis, Mac 31, 2011 12:39:00 PG delete

Sama-sama. Saya pun baru nak belajar guna Foursquare ni.

Reply
avatar