
Akhbar Harian Metro telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi akhbar Malaysia yang pertama menawarkan aplikasi berita menerusi iPad.
Aplikasi ini boleh didapati secara percuma dengan memuat turun di iTunes. Jadi, pengguna boleh membaca akhbar Harian Metro yang disediakan pada setiap hari kecuali hari Ahad.
Walau bagaimanapun, paparan beritanya tidak meliputi keseluruhan sebagaimana akhbar konvensional yang dijual secara bercetak. Hanya beberapa slot menarik sahaja yang dimuatkan di dalam akhbar digital, sesuai dengan faktornya yang percuma.
Usaha The New Straits Times Press ini merupakan langkah bijak dalam menarik pembaca untuk terus menyokong akhbar terbitan mereka. Pengguna yang sudah jemu dengan paparan akhbar yang konvensional, akan merasa sesuatu kelainan. Cukup dengan sentuhan jari sahaja, berita berubah ke berita yang lain pula.
Andai kata akhbar konvensional laporannya statik dan dimuatkan gambar, akhbar digital lebih menarik, interaktif dan dimuat bersama video peristiwa.
Penyediaan menu khas umpama iBook dapat menyimpan koleksi akhbar dengan kemas. Selain itu, tutorial di awal muka surat dapat membantu pengguna yang baru berjinak-jinak atau pertama kali membaca menerusi iPad.
Muat turun dahulu sebelum membacanya.

Pustaka Harian Metro umpama iBook dan disusun mengikut tarikh.

Tutorial cara membaca Harian Metro di iPad.

Slot kegemaran penulis dalam Harian Metro, Arena.

- Dikirim menerusi iPad | BlogPress
4 Komentar
Write Komentarwaaaa... berita orang try bunuh diri kat kbmall jadik muka depan.. bangga aku.. hahahhaa
Reply#Kemas kini gambar dan pautan.
Replywow.. edisi ipad 2.. best giler..
ReplyTak semestinya iPad 2, iPad pun boleh juga.
ReplyEmoticonEmoticon