Kelebihan dan kekurangan iPad

Kelebihan dan kekurangan iPad

Sebelum ini, penulis telah menulis pengalaman seminggu bersama iPad. Kali ini, penulis akan mencatatkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat sepanjang sebulan menggunakan iPad.

Kelebihan iPad


1. Kawalan penuh dengan skrin sesentuh

Walaupun saudara kali pertama mengendalikan kawalan dengan cara sentuhan, tiada lagi rasa kekok selepas mencuba berkali-kali. Perasaan kagum timbul dan saudara akan mula menyukainya.

Skrin sesentuh iPad berkualiti tinggi dan sukar untuk calar jika dibandingkan penulis menggunakan Nokia 5800XM. Saudara tidak perlu menekan kuat atau berkali-kali untuk menjalankan sesuatu aplikasi, cukup dengan satu sentuhan lembut respons akan melakukan kerjanya.

Menaip dengan menggunakan skrin sesentuh tiada bezanya dengan menaip di papan kekunci yang sebenar.

Untuk mengelakkan skrin iPad daripada tercalar, bolehlah memasang pelindung skrin semurah RM20 sehingga RM150.


2. Paparan grafik yang mengagumkan

Kala menonton video atau bermain permainan video, paparan grafik yang dihidangkan iPad cukup mengujakan penulis. Main sahaja permainan video Cut The Rope, saudara akan kagum dengan keupayaan grafik daripada iPad. Netbook pun belum tentu dapat menyaingi iPad!

 

3. Sokongan aplikasi daripada pembangun yang pelbagai

Pelbagai aplikasi percuma dan berbayar boleh dimuat turun menerusi AppStore. Contohnya, aplikasi berbentuk kewangan, perubatan, berita, permainan video, utiliti, muzik, produktiviti dan sebagainya. Hingga hari ini, terdapat lebih 65,000 aplikasi khusus untuk iPad.

Saudara boleh menentukan aplikasi yang diingini berdasarkan minat dan kecenderungan sendiri. Andai kata saudara seorang pelajar dalam bidang perubatan, saudara boleh dapatkan Oxford Handbook of Clinical Specialties untuk rujukan perubatan. Selain itu, AudioNote membolehkan saudara tidak ketinggalan ketika mencatat minit mesyuarat kerana suara setiap orang akan dirakam sehingga tamat. GarageBand pula memudahkan ahli muzik menghasilkan lagu walaupun tanpa instrumen yang lengkap. Menarik bukan?

Jadi, penulis dapat merumuskan bahawa kekuatan sebenar iPhone, iPod dan iPad sangat bergantung kepada pembangun-pembangun menghasilkan aplikasi terbaik yang sesuai dengan kehendak pengguna.

 

4. Jangka hayat bateri yang panjang

Sekiranya iPad dicas penuh, bateri boleh bertahan sehingga 10 jam untuk penggunaan kerap dan sebulan dalam keadaan bersiap sedia (stand by). Saudara tidak perlu khuatir lagi sekiranya tertinggal pengecas kerana baterinya memang tahan lama.

 

5. Boleh dimodifikasi dengan mudah dan percuma

iPad yang sudah di’jailbreak’ memang memudahkan pengguna. Semua aplikasi berbayar boleh didapati secara percuma. Kalau mahu berjimat, jailbreak sahaja iPad yang dibeli.

Sungguh, fungsi iPad yang belum jailbreak sangat terhad dan membosankan.

 

Kekurangan iPad

 

1. Tiada fungsi kepelbagaian tugas (multitasking)

Kelemahan yang banyak mempengaruhi keberkesanan kerja-kerja penulis dalam seharian.

Contohnya, menaip artikel blog yang memerlukan semakan pautan yang dirujuk. Saudara perlu menutup dahulu Pages sebelum dapat melayari Safari. Memang leceh!

Mujur dengar lagu sambil melayari internet boleh dibuat serentak. Huh!

 

2. Masukkan data, lagu, foto dan lain-lain lagi ke dalam iPad dengan iTunes

Sekiranya saudara mengharapkan penggunaan iPad umpama mengendalikan sebuah komputer riba, lebih baik lupakan sahaja.

Perkongsian dokumen, lagu dan foto mesti dimasukkan menerusi iTunes. Maknanya, iPad tidak boleh menerima dan mengeluarkan apa-apa fail tanpa iTunes.

Satu kerja pula mengusung komputer riba semata-mata untuk memasukkan lagu ke dalam iPad. Alahai…

Walaupun aplikasi AirSharing boleh digunakan untuk memudahkan perkongsian fail namun masih memerlukan wireless sebagai penghubung.

 

3. Tiada port untuk USB

Sama seperti di atas. Fail daripada cakera keras luaran atau pemacu pen perlu menerusi komputer dan iTunes.

 

4. Tiada sokongan Flash

Laman sesawang yang menggunakan Flash tidak dapat dilayari dengan baik. Penulis pelik mengapa Apple tiada usaha untuk berkolaborasi dengan Adobe untuk membenarkan pemasangan Flash pada Safari.

Ada juga yang mencadangkan pemasangan Frash (satu aplikasi ciptaan pengguna Apple) untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, iPad penulis masih tetap sama hasilnya. Laman sesawang atau blog lompong di beberapa bahagian akibat tidak dapat menjalankan Flash.

 
5. Tiada kamera

iPad tiada kamera. Membosankan. Selepas mendapat kritikan daripada pengguna, kemunculan iPad 2 baru-baru ini membawa khabar gembira dengan penambahan fungsi kamera depan dan belakang.

 

6. Kualiti Wi-Fi kurang memberangsangkan

Penulis mendapati kualiti Wi-Fi iPad tidaklah sebaik yang terdapat pada komputer riba. Jika jauh daripada punca wireless, kualiti penerimaan jatuh atau terus hilang daripada radar wireless iPad. Jika mahu mendapat kualiti penerimaan yang baik, jarak yang dijadangkan dalam lingkungan 10 hingga 15 meter sahaja.

 

7. Aksesori tambahan yang mahal

Apa-apa sahaja tentang aksesori Apple memang mahal. Bekas iPad yang dibeli (beserta papan kekunci) mencecah RM250. Belum lagi wayar tambahan, slot untuk kad memori dan lain-lain lagi.

Lain-lain

 

1. iPad tiada penerima GPS yang sebenar, peta yang disediakan memerlukan capaian internet untuk akses.

2. Tiada kaki untuk mendirikan iPad

3. Mudah meluncur dan pecah

4. Tiada bateri tambahan

5. Menggunakan SIM mikro, khusus model iPad 3G sahaja.

6. Tiada slot untuk kad memori.

Previous
Next Post »

15 Komentar

Write Komentar
Faiz
AUTHOR
Ahad, Mac 06, 2011 3:01:00 PG delete

Utk kelebihan,point no.5 paling aku suka. Kita tau iTunes mmg sucks, utk kekurangan plak,point no.2 boleh diatasi dgn gune alternatif seperti app songbird & copy trans suite. Kemunculan iPad 2 menjadikan ianya lebih lengkap & seterusnya menaiktaraf kekurangan yg ade.

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Ahad, Mac 06, 2011 12:29:00 PTG delete

SongBird dengan Trans Suite ye?

Nanti aku cuba...

Reply
avatar
CikHoneyBee
AUTHOR
Isnin, April 23, 2012 7:08:00 PTG delete

salam bro, saya nk minta panduan dr anda. sy ingin membeli ipad3 tp byle dh baca kelebihan dan kekurangan membuat sy keliru dalam membuat keputusan. sy adalah blogger. suka dan rajin blogwalking.. suka menonton online drama. agak agaknya gadget apa yang sesuai dengan saya? produk ipad? produk samsung?

n kalau buleh kalo bro tidak kesah, buleh bg pendapat kepada sy by email. cikhoneybee@gmail.com. saya ingin bertanyakan dengan lebih details tentang ini

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Isnin, April 23, 2012 10:16:00 PTG delete

Saya cadangkan ambil iPad 2 sebab harga lebih murah, RM1,199 (Wi-Fi) sekarang. Harga iPad Wi-Fi dan 3G mahal sedikit.

iPad 3 ada beberapa isu yang berbangkit seperti pemproses lebih panas dan teknologi LTE belum meluas di Malaysia.

Dari segi jenama, Apple dan Samsung terpulang kepada setiap orang. Kalau saya, iPad lebih menarik sebab pasaran aplikasi menerusi App Store yang lebih meluas daripada Android, teknologi yang mendahului pesaing yang lain dan barangan Apple pentingkan kualiti. Cuma aksesori tambahan mahal sedikit.

Kalau suka pindah lagu, ebook, filem dengan cara konvensional, baik ambil Samsung. Boleh pindah data ke dalam kad memori SD. Tak seleceh iPad kena buka iTunes dulu.

Saya tak cadangkan tablet untuk menaip blog sebab terbatas dengan cara biasa. Rasa tidak puas. Payah nak salin sesuatu dengan cara pelbagai tugas (multitasking) di iPad.

Lebih elok pergi ke mana-mana penjual premium Apple untuk mencuba sendiri iPad sampai pandai, dapatkan khidmat nasihat jurujual sekali. Percuma, tak perlu bayar.

Reply
avatar
CikHoneyBee
AUTHOR
Selasa, April 24, 2012 1:35:00 PTG delete

terima kaseh atas semua penjelasannya. ia sangat2 membantu saya. tahu lah sy sekarang apa yg perlu dibuat. terima kaseh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, September 28, 2012 11:59:00 PG delete

masih keliru sama ada hendak membeli ipad3 atau samsung galaxy tab 10.0.....huh....tak tahu nak pilih yg mana.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Khamis, Oktober 11, 2012 9:57:00 PG delete

i-pad or samsung galaxy tab 10.00...keliru lah mana lbh bagus..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, November 05, 2012 11:13:00 PG delete

Tumpang tanya...saya pun bercadang nak membeli tapi sedang berfikir samada nak beli The new Ipad+16GB+4G atau jenama Galaxy Tab 7.0 tu any suggestion...kegunaan saya x banyak, sekadar fb, email dan google saje...tq

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, Januari 14, 2013 5:15:00 PTG delete

Apple forever

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, Januari 26, 2013 9:02:00 PTG delete

saya da beli ipad 4,, 32gb wifi 4g..,puasss atiii.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, Februari 23, 2013 9:17:00 PG delete

saya merupakan student cinematography...sya cnfius dlm pemilihan gajet untuk membeli ipad3 or macbook pro..adakah ipad3 sesuai dlm editing film dgn memasukkn software final cut pro??

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, Julai 08, 2013 9:02:00 PG delete

kenapa merek apple tu mahal ? apa istimewanya ? bisa gak buat kirim ke lain merek apple ? misalnya abis kita foto nak dikirimken ke blackberry , samsung atau apa gitu ? harus pakai aplikasi apa sih supaya cepat kirimnya ? selain masukin dlu ke laptop dengan ithunes baru dipindahkan ke bb, samsung ,dll ? kameranya bagus ipad 4 apa sony experia z yang tablet.... bales dong .. gi bingung ni

Reply
avatar
Atieqah_nuriz
AUTHOR
Sabtu, September 14, 2013 1:47:00 PG delete

Saya pelajar slh sebuah ipta dan bercdang ingin mmiliki gadget yg bley mnggantikn laptop. Ade ape2 cdgn x sma ada ipad atau galaxy tab yg ssuai..juz untuk ebook,microsoft office n pggunaan wifi or 3 G yg pnting..

Reply
avatar
Atieqah_nuriz
AUTHOR
Sabtu, September 14, 2013 1:48:00 PG delete

Saya pelajar slh sebuah ipta dan bercdang ingin mmiliki gadget yg bley mnggantikn laptop. Ade ape2 cdgn x sma ada ipad atau galaxy tab yg ssuai..juz untuk ebook,microsoft office n pggunaan wifi or 3 G yg pnting..

Reply
avatar