Solusi CD atau DVD hilang dari My Computer

"Windows cannot load the device driver for this hardware. The driver may be corrupted or missing. (Code 39)"

 

cannot-load-driver-code-39

Tanpa diduga, tiba-tiba sahaja pemain DVD atau CD Rom saudara tidak kelihatan dalam My Computer. Mengapa?

Usah cemas. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Masalah ini berlaku akibat perubahan dalam registry.

 

Langkah menanganinya: 

1. Tutup semua program yang sedang dijalankan.

2. Klik pada Start dan taip REGEDIT dan Enter.

3. Klik tanda (+) untuk membuka folder berkaitan:

HKEY_LOCAL_MACHINE > SYSTEM > CurrentControlSet > Control > Class > {4D36E965-E325-11CE-BFC1-08002BE10318}

4. Cuba perhatikan bahagian DVD/CD-ROM Drive Class Description, ruang petak sebelah kanan.

* UpperFilters
* LowerFilters
* UpperFilters.bak
* LowerFilters.bak

5. Sekiranya terdapat mana-mana daripada 4 registry yang di atas, klik kanan pada registry tersebut dan buang.

6. Tutup Registry Editor sesudah selesai membuang.

7. Mulakan semula komputer.

8. Buka My Computer dan semak sama ada pemain CD atau DVD sudah kembali atau tidak.


*Tutorial ini sesuai untuk semua jenis Windows XP, Vista dan 7.

Previous
Next Post »