10 tips menguasai carian YouTube dengan arahan mudah

10 tips menguasai carian YouTube dengan arahan mudah Youtube merupakan laman sosial yang menyediakan perkhidmatan memuat naik dan perkongsian video secara percuma. Menurut statistik, lebih 35 jam masa kandungan video dimuat naik di situ setiap minit.

 

Jadi, kerja-kerja mencari video yang diingini hampir sama sebagaimana carian yang dilakukan di Google. Penggunaan beberapa arahan tertentu dapat meningkatkan produktiviti dengan lebih efisien lagi.

 

Berikut merupakan arahan-arahan yang boleh digunakan:

 

1. Mencari saluran YouTube dengan terperinci

 

royal wedding, channel

Hasilnya: YouTube akan memaparkan pilihan video yang berkaitan dengan Perkahwinan Diraja Putera William dan Puteri Kate. Tambahan ‘channel’ untuk menjurus kepada saluran rasmi televisyen sahaja. Setiap tambahan perkataan jangan lupa disertakan dengan koma (,).

 

2. Mengehadkan carian video yang dimuat naik terkini

 

anwar ibrahim, this week

Hasilnya: Arahan ini akan memaparkan video berkaitan Anwar Ibrahim yang dimuat naik pada minggu lepas. Boleh juga menggunakan ‘today’ atau ‘this month’ untuk had carian video yang dimuat naik pada semalam atau bulan lepas.

 

3. Mencari video sebenar

never say never, partner

Hasilnya: Video klip yang dipaparkan berdasarkan tajuk lagu dan pasangan nyanyian yang sebenar dan bukan video hasil kerja peminat atau berbentuk parodi. Bayangkan carian “Never Say Never” sahaja sudah mencecah 4,070,000 video di carian YouTube.

 

4. Mencari filem di Youtube

 

jackie chan, movie

Hasilnya: Percaya atau tidak, ada peminat yang sudi memuat naik sebuah filem di YouTube. Boleh cuba dengan arahan di atas. Ya, saudara boleh menemui filem penuh di YouTube. ;)

 

5. Temui video berkualiti tinggi di YouTube

 

the king’s speech trailer, hd

Hasilnya: Dengan menambah ‘hd’ – high definition – YouTube akan menyenaraikan video berdefinisi tinggi sahaja sama ada 720p (1280x720) atau 1080p (1920x1080 piksel).

 

6. Temui video klip 3D di YouTube

 

avatar, 3d

Hasilnya: Saudara memiliki sepasang cermin mata 3D? Tambah kata kunci 3D dalam carian untuk mendapatkan video 3D. Juga, boleh tonton video 3D di YouTube dengan menentukan tetapan di sini.

 

7. Temui ‘playlist’ video di YouTube

 

linkin park, playlist

Hasilnya: Mendengar senarai lagu Linkin Park sahaja tanpa bercampur dengan lagu-lagu lain. Jangan lupa untuk cuba Backstreet Boy, Maroon 5 dan sebagainya.

 

8. Temui video berdurasi panjang di YouTube

 

one piece, long

Hasilnya: Kata kunci ‘long’ akan membantu saudara mencari video yang melebihi durasi 20 minit.

 

9. Mencari video yang sama di gelintar carian dalam YouTube

 

allintitle:"google goes gaga"

Hasilnya: Sekadar meminjam cara carian daripada Google. Cara ini sangat berguna apabila video tersebut diharamkan daripada ditonton sesebuah negara.

 

10. Campur dan padan

 

ted talks, hd, this month, long

Hasilnya: Gunakan kreativiti sendiri untuk mendapatkan video yang diingini dengan pelbagai arahan di atas.

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
RIS-FAMILI
AUTHOR
Isnin, Jun 27, 2011 11:41:00 PG delete

Panduan yang boleh dipraktikkan.

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Isnin, Jun 27, 2011 11:54:00 PG delete

Cuba, jangan tak cuba! :)

Reply
avatar