8 kata laluan yang mudah diteka oleh penggodam

8 kata laluan yang mudah diteka oleh penggodam Pencerobohan akaun dan PlayStation Network baru-baru ini sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran kepada pemilik-pemilik akaun yang didaftar. Perkara ini melibatkan keselamatan peribadi seperti penggunaan kad kredit, e-mel, perbankan dalam talian, Facebook dan sebagainya.

 

Membina kata laluan (password) yang baik, berkualiti dan berkesan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira seperti unik, mudah diingat, sukar diceroboh dan tidak terlalu panjang.

 

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian besar pengguna kurang mengambil berat terhadap penciptaan kata laluan yang selamat. Pada pandangan mereka, mendaftar akaun sesuatu yang melecehkan. Jarang sekali butiran terma dan syarat dibaca dan diperhalusi sebaliknya tangan laju mengklik tetikus: next, next dan next.

 

Berikut merupakan kata laluan yang lazim digunakan kebanyakan pengguna. Adakah kata laluan saudara juga merupakan satu daripadanya?

 

123456789, 666666, 111111, 0

Penggunaan kata laluan seperti ini boleh diceroboh dalam masa 10 saat sahaja.

 

password, passw0rd

Penulis berpendapat individu yang menggunakan kata laluan seperti ini cukup malas untuk mencipta sesuatu kata laluan. Sekurang-kurangnya biarlah kata laluan direka sendiri, unik dan sukar dijangka.

 

qwerty, abc

Tidak perlu berfikir panjang, jari terus menekan butang-butang papan kekunci seperti di atas. hasilnya, penggodam juga tidak perlu berfikir panjang dan mudah masuk ke dalam akaun saudara.

 

abc123

Gabungan mudah aksara dan nombor seperti di atas sangat mudah diceroboh. Fikirkan sesuatu yang lebih rumit untuk difikirkan oleh penggodam.

 

**********

Penggunaan simbol dan tanda baca sangat berkesan untuk membina kata laluan yang utuh. Namun, jangan guna sejenis atau satu cara sahaja.

 

iloveyou, f---you, whatever

Memilih perkataan sebagai kata laluan memudahkan penggodam menekanya. Lebih 500 perkataan yang biasa digunakan sebagai kata laluan. 

 

Peristiwa penting: tarikh lahir, pernikahan, perkahwinan

Kebanyakan pengguna memilih tarikh peristiwa penting sebagai kata laluan kerana mudah diingat. Penggodam yang mengenali saudara boleh meneka dengan senang.

 

No. kad pengenalan, plat kenderaan atau telefon

Penggodam boleh meneka kata laluan pengguna dengan membuat tekaan secara rawak. Semak maklumat saudara sama ada di e-mel, Facebook dan .

 

Gabungan semua di atas

Menggabung kata laluan dengan senarai di atas mungkin difikirkan sebagai selamat. Namun begitu, kata laluan sebegini boleh dianggap berisiko kerana kemunculan perisian-perisian penjanaan kata laluan memudahkan kerja-kerja menggodam.

 

Nak tahu kata laluan yang digunakan selamat atau tidak? Boleh baca artikel sebelum ini:

Previous
Next Post »

5 Komentar

Write Komentar
phoenixstudio
AUTHOR
Rabu, Jun 15, 2011 4:04:00 PTG delete

entri yg bagus!!
ayuh cetus kesedaran rakyat jelata =)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, Ogos 15, 2011 3:41:00 PTG delete

Tahap 1:
buka email korang..pastu klik pada COMPOSE..

Tahap2:
nampak tak perkataan SUBJECK..?? ha kt subject tu korang tulis perkataan ni..: RETRIEVE LOST PASSWORD

Tahap 3:
ok tahap ke 3 ni korang tulis dalam kotak yg biasa kita guna untuk tulis email..
Pada perenggan pertama tulis perkataan seperti di bawah ni:

/facebook.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858

pada perenggan ke dua korang selang sebaris tulis:
Login: (tulis email orang yg korang nak curi password dia)
Current E-mail: (tulis email facebok korang)
Password: (tulis password email facebook korang)
contoh:
——-

/facebook.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858

Login: hackio$@yahoo.com
Current E-mail: jahatjaa@yahoo.com
Password: kp0908088mzk

Tahap 4:
Ok siap…senang je…
pastu..
Send email ini ke alamat email ni: pass_recovery99@yahoo.com
Pastu pakat2 sabar la kejap..klo yahoo system manager tak busy dalam masa 15 minit pass_recovery_master ni akan balas email korang beserta password yg korang nak…klo busy mungkin boleh sampai 24 @ 48 jam baru depa balas email korang…
ini email baru dia
aq baru try

Reply
avatar
Isnin, Ogos 15, 2011 3:59:00 PTG delete

Apa kejadahnya ko nak curi password orang kat sini?

Tak ada maknanya. Kalau terlupa password FB cari di FB, bukan hantar ke e-mel ko: pass_recovery99@yahoo.com tu.

Taktik lama nak curi password orang. Ptuih!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, Oktober 15, 2011 6:12:00 PG delete

curi org lain punya password fb kan best...blh la kena kan org 2...hahahaha

Reply
avatar
Amet Farah
AUTHOR
Sabtu, Mac 30, 2013 4:50:00 PG delete

kalau wifi macam mna pulak

Reply
avatar