Mencuri kata laluan pengguna semudah ABC

Mencuri kata laluan pengguna semudah ABC

Beberapa dan akaun telah berjaya dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini. Hal ini menyebabkan pelbagai masalah yang timbul dan pemilik terpaksa menanggung kerugian.

 

Suatu ketika dahulu, penulis juga pernah mengalami perkara yang sama. Akaun penulis telah diceroboh dan semua gambar digantikan dengan khinzir 8 tahun lepas. Marah, bimbang dan menyesal bercampur-campur. Mujurlah kata laluan yang asal tidak diubah dan penulis terpaksa memperbetulkan semula maklumat dan gambar di Friendster.

 

Faktor utama berlakunya masalah ini ialah akibat daripada perkongsian komputer. Pemangsa barangkali ialah kekasih, rakan, ahli keluarga terdekat atau individu yang tidak dikenali. Hal ini menyebabkan:

  • Kecurian maklumat. Komputer saudara mempunyai banyak fail dan gambar peribadi. Mereka mengguna komputer saudara sambil melakukan ‘kerja-kerja lain’. Perkara ini sering berlaku kepada artis apabila gambar mereka terdedah di laman maya.
  • Lupa untuk daftar keluar (log out) akaun di . Contohnya ialah e-mel, Facebook dan Maybank2u. Pemangsa boleh masuk ke dalam akaun saudara dengan mudah dan melakukan sesuatu yang di luar jangka. Lebih teruk lagi, kata laluan akaun saudara telah diubah dengan kata laluan yang lain.
  • Tidak memasang dan seumpama dengannya. Pemangsa boleh memasang keylogger, sejenis aplikasi yang berkeupayaan mencuri tabiat pengguna semasa menggunakan komputer. Setiap butang papan kekunci dan tetikus akan terakam.

Langkah mengatasi

  1. Menyediakan akaun pengguna yang lain (Guest) di Windows. Cipta di Control Panel (User Accounts and Family Safety, User Accounts, Manage Accounts)  dan tentukan batasan pengguna untuk akaun tersebut.
  2. Letakkan kata laluan untuk akaun Windows saudara supaya tidak mudah diceroboh.
  3. Daftar keluar setiap kali masuk e-mel, Facebook atau apa-apa sahaja akaun yang bersifat privasi.
  4. Memasang antivirus dan utiliti yang berkaitan serta selalu dikemas kini.
Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Mr Rileks
AUTHOR
Khamis, Jun 23, 2011 9:23:00 PTG delete

skrg nie mmg nmpk mcm mudah password kena godam...

Reply
avatar
acapz
AUTHOR
Khamis, Januari 12, 2012 8:27:00 PTG delete

mudah sngt skrng ni nk godam akaun fb n akaun len. bnyk dh apps2 or script yang mmudahkan. tnggu nk blaja je.pastu dpt la satu dua akaun. haha :D

Reply
avatar