Kad grafik, kad video, kad VGA (Video Graphics Array) dan kad paparan mempunyai fungsi yang sama dalam sistem komputer iaitu untuk paparan maklumat pada skrin komputer. Ia akan membina dan menghasilkan imej untuk paparan sistem komputer seperti yang kelihatan pada skrin monitor sesebuah komputer.
Apabila dikatakan satu kad sebagai satu komponen komputer ia merupakan satu kad pemasangan atau Expansion Card yang akan dipasangan pada slot sedia ada pada papan utama. Slot - slot pada papan utama yang boleh digunakan untuk pemasangan kad grafik ini adalah seperti slot PCI (Peripherals Component Interconnect), AGP (Accelerated Graphics Port) dan PCI-E (PCI Express).
Ketika permulaan penggunaan komputer, kad paparan atau grafik ini perlu dibeli secara berasingan dan ia akan dipasangkan pada slot sedia ada pada papan utama. Namun begitu, pada masa kini, pada papan utama sudah ada fungsi komponen paparan ini yang dibina secara kekal pada papan utama atau ia dipasang secara built-in. Jadi, kenapa perlunya lagi untuk membeli kad grafik untuk sesebuah komputer?
Kad grafik ini diperlukan sekiranya penggunaan komputer yang memerlukan paparan berprestasi tinggi seperti membuat animasi komputer, pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. Ini kerana kad grafik yang sedia ada pada papan utama adalah berprestasi rendah dan tidak berupaya memproses perkara-perkara tersebut dengan baik.
Antara kebaikan penggunaan kad grafik ini adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kualiti video dan gambar dalam komputer.
- Mempercepatkan proses rendering sesuatu grafik.
- Memperhaluskan paparan piksel.
- Meningkatkan kualiti sesuatu paparan pada komputer.
- Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan komputer.
- Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada komputer.
EmoticonEmoticon