Panduan ‘Jailbreak’ iPhone, iPad Atau iPod Touch (Siri 2)

Panduan ‘Jailbreak’ iPhone, iPad Atau iPod Touch (Siri 2)

‘Jailbreak’ ialah proses yang membenarkan akses menyeluruh daripada sekatan pada sesebuah gajet. Hal ini bermaksud pengguna boleh melakukan modifikasi sistem operasi untuk mengubah visual, menggunakan aplikasi pihak ketiga, sistem yang diubahsuai, menggantikan fail audio yang asal dan lain-lain lagi. Jadi, ‘Jailbreak’ merupakan langkah pertama dan paling penting untuk ‘membebaskan’ iPhone, iPad atau iPod Touch masing-masing.

 

Artikel sebelum ini:

Panduan ‘Jailbreak’ iPhone, iPad Atau iPod Touch (Siri 1)

 

Untuk mengetahui sama ada alat tersebut boleh atau tidak melakukan ‘Jailbreak’ bolehlah merujuk – theiphonewiki – sebuah laman wiki yang sentiasa mengemas kini maklumat ‘Jailbreak’.

 

Terlebih dahulu, rujuk peralatan tegar (firmware) semasa iPhone, iPad atau iPod Touch masing-masing (pergi ke Settings, General, About, Version) untuk mengenalpasti sama ada sudah boleh dilaksanakan ‘Jailbreak’ atau tidak. Sekiranya tidak, anda perlu menunggu dengan sabar sehingga penggodam melancarkan penyelesaiannya.

Bagaimanakah saya dapat tahu iPhone, iPad atau iPod Touch telah di-‘Jailbreak’?

Panduan ‘Jailbreak’ iPhone, iPad Atau iPod Touch (Siri 2)

Mudah sahaja. Sesudah berjaya melakukan ‘Jailbreak’, kelihatan Pineapple (nenas sedang berlari) menggantikan logo Apple semasa proses boot. Kemudian, terdapat aplikasi yang bernama Cydia di paparan muka. Ini bermakna alat anda telah berjaya dan selamat di-‘Jailbreak’.

 

Cydia pula ialah aplikasi pemasangan yang biasa ditemui kebanyakan alat yang telah di-‘Jailbreak’. Aplikasi ini membenarkan pengguna mencari gedung aplikasi pihak ketiga, utiliti dan modifikasi serta ‘tweak’ dan memasangnya ke dalam alat anda.

 

Awasan!

Sekiranya pembaca bercadang untuk melakukan ‘Jailbreak’ selepas membaca artikel ini, pastikan saudara tahu apa yang dilakukan. Proses ini mesti menggunakan kaedah yang betul untuk alat yang betul dengan peralatan tegar yang betul. Jika tidak, alat anda akan menjadi “brick” – satu terma yang bermaksud tidak boleh dihidupkan. Selain itu, proses ‘Jailbreak’ juga akan membatalkan waranti anda. Oleh yang demikian, pihak Teknomasi tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan, kerugian dan kerosakan yang dibuat. Saudara perlu tahu tindakan yang dilakukan.

 

Sekiranya saudara berjaya melakukan ’Jailbreak’, tahniah diucapkan. Masih ingat analogi kucing dan tikus dalam siri yang pertama? Apple akan sentiasa melakukan inovasi dan penambahbaikan sekuriti untuk mengelakkan pengguna daripada melakukan ‘Jailbreak’. Oleh itu, setiap kali Apple melancarkan peralatan tegar yang baharu, jangan terus kemas kini alat yang telah di-‘Jailbreak’. Lakukan tinjauan dan penyelidikan daripada sumber-sumber yang lain. Tunggu penggodam menghasilkan solusinya barulah kemas kini ‘Jailbreak’ dengan peralatan tegar yang baharu.

 

p/s: Secara peribadi, proses “Jailbreak” lebih mudah untuk dikuasai berbanding ‘flash’ telefon bimbit yang lain. Usah takut untuk mempelajarinya.

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Januari 20, 2012 5:15:00 PTG delete

takda langkah2nya pun mcmana nih nak jailbreak iphone 4 nih

Reply
avatar