Windows 32-bit atau 64-bit? Nak guna yang mana satu?

Yang mana satu: Windows 32-bit atau 64-bit?Di kedai komputer mungkin ada dalam kalangan saudara yang musykil apabila melihat CD Windows 7 x86 dan x64. Apakah maknanya? Pengguna tegar komputer mungkin sudah tahu jawapannya.

 

Artikel kali ini dikhususkan kepada pengguna baharu atau novis komputer.

 

Pengenalan

Secara mudahnya, x86 merujuk kepada sistem operasi 32-bit manakala x64 pula ialah 64-bit. Sebelum kemunculan prosesor Intel Core 2 Duo, Windows yang dipasang hanya terdapat dalam 32-bit. Sistem ini menggunakan memori yang terhad sekitar 4GB pada satu-satu masa. Lebihan RAM tidak dapat digunakan dan ‘terbuang’ begitu sahaja.

 

Sebaliknya, sistem operasi 64-bit membenarkan penggunaan memori melebihi 4GB sehingga 16GM secara teori. Secara tidak langsung, 64-bit sangat berkesan untuk keperluan pelayan (server) komputer ketika itu. Memori yang besar dapat menyokong pelbagai aplikasi yang digunakan pada satu-satu masa. Kemunculan perisian-perisian terkini memerlukan memori yang besar untuk dijalankan tanpa sebarang masalah terutamanya kerja-kerja mengedit grafik dan video. Cuba tekan butang Ctrl+Alt+Del dan perhatikan Firefox di Processes sudah makan memori seberapa banyak?

 

Dengan harga RAM yang semakin murah, sistem operasi 64-bit semakin mendapat tempat dalam arus perdana.

 

Yang mana satu: Windows 32-bit atau 64-bit?

 

Pro dan kontra

x86

x64

Keperluan maksimum RAM: 4GB (3.3GB lebih tepat) Keperluan minimum RAM: sekurang-kurangnya 4GB
Slot RAM di papan induk terdapat hanya satu sahaja. Contoh: Netbook. Slot RAM di papan induk terdapat sekurang-kurangnya 2 ruang.
Menyokong semua jenis perkakasan baharu dan lama. Tidak semua perkakasan terkini dapat menyokong sistem operasi ini.
Menyokong semua perisian, permainan video dan driver. Beberapa perisian, permainan video dan driver tidak serasi.
RAM terhad kepada 4GB sahaja. Pasang lebihan RAM tidak mengubah apa-apa. RAM boleh mencecah sehingga 32GB bergantung kepada sistem operasi.

 

Pandangan

  1. Sistem operasi 64-bit lebih menjamin kestabilan semasa menjalankan aplikasi berbanding 32-bit. Kepelbagaian tugas dalam satu-satu masa (multitasking) lebih lancar apabila memori yang dipasang juga besar. Kebarangkalian untuk tersekat dan muncul ralat agak tipis.
  2. Pembangun perisian dan permainan video telah berusaha mengatasi beberapa masalah yang timbul awal kemunculan sistem operasi 64-bit. Rasanya sudah tiada masalah sekarang berkaitan perisian, permainan video dan driver. Contohnya, iTunes telah melancarkan versi 64-bitnya manakala Firefox dalam proses percubaan sebelum dilancarkan kepada umum.
  3. Spesifikasi komputer terkini mesti sekurang-kurangnya RAM 4GB. Kemunculan RAM DDR3 sudah mampu menyediakan ruang memori minimum di papan induk sebanyak 8GB.
  4. Sistem operasi 64-bit membenarkan pemasangan perisian 32-bit. Program Files di C:\ akan ada 2 folder; satu untuk 32-bit, satu lagi untuk 64-bit. Tiada masalah.Yang mana satu: Windows 32-bit atau 64-bit?
  5. Harga RAM sekarang tersangatlah murah. Tak rugi guna terus sistem operasi 64-bit.
Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Khamis, April 26, 2012 9:30:00 PG delete

kalo hardcore gamer tu agak agak window ape depa pahai ek?32 ke 64?aku pakai window 64 cam payah install game je..

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Khamis, April 26, 2012 10:26:00 PTG delete

Mohon maaf. Maklumat di atas belum sempat dikemas kini semula.

Dota, Football Manager 2012, Red Alert, Dragon Age, Sid Meier's Civilization IV, Super Meat Boy dan banyak lagi aku dah main dengan platform x64.

Perisian x86/32-bit akan diletakkan dalam C:\Program Files (X86). RAM pun boleh letak banyak-banyak untuk x64 selagi ada ruang di papan induk. Jadi, terus pilih x64 supaya senang untuk naik taraf RAM pada masa akan datang.

Reply
avatar