Penggodam ‘Jailbreak’ iPhone dan PS3 sertai Facebook

George Hotz, penggodam yang terkenal selepas kejayaan menggodam peralatan tegar (firmware) – ‘Jailbreak’ PlayStation 3 dan iPhone – telah diisytiharkan menyertai pasukan pembangunan Facebook. Beberapa rakan beliau telah memberitahu di Facebook awal bulan ini secara rasmi walaupun dikatakan sudah berkhidmat sejak Mei lalu. Walau bagaimanapun, status jawatan yang disandang tidak diketahui.

 

Penggodam ‘Jailbreak’ iPhone dan PS3 sertai FacebookSebelum ini, beliau yang terkenal dengan nama samaran , telah dihadapkan ke mahkamah oleh Sony Corporation akibat menyebar peralatan tegar yang telah dimodifikasi. Peralatan tegar tersebut berjaya membenarkan permainan video dalam bentuk digital dimainkan secara cetak rompak. Kes tersebut mendapat liputan luas dalam komuniti penggodam seluruh dunia dan pengguna selepas Sony menyekat akaun PlayStation Network pengguna yang menggunakan hasil kerja Geohot dalam konsol mereka. Kemarahan pengguna PS3 lalu diterjemahkan dalam bentuk godaman terhadap PlayStation Network selama hampir 3 bulan.

 

Pasukan pembangunan Facebook rata-rata terdiri daripada kumpulan penggodam. Rekrut pekerja dilakukan dalam bentuk pertandingan iaitu “Hacker Cup Contest”. Hasilnya, komuniti mereka berjaya memenuhi selera pengguna laman sosial untuk terus menyokong Facebook sehingga hari ini.

 

Persoalannya, adakah maklumat pengguna Facebook juga selamat di tangan penggodam?

 

Sumber: Neowin menerusi JomPHP

 

Artikel yang berkaitan:

Previous
Next Post »